Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, April 05, 2015

MELAKA RAKAM UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA TRAGEDI HELIKOPTER



Kerajaan negeri dan rakyat Melaka hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, dan mangsa lain yang terkorban dalam nahas helikopter semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri dan rakyat Melaka amat sedih menerima berita kehilangan enam nyawa daripada kejadian itu.

Mereka menyifatkan pemergian Allahyarham Jamaluddin sebagai kehilangan besar kepada negara.

"Tan Sri (Jamaluddin) adalah seorang yang rajin bekerja. Saya kagum dengan tenaga dan semangatnya yang berterusan. Sebagai seorang ahli politik, kepimpinan berani Tan Sri menjadi inspirasi untuk saya menerajui Melaka ke tahap yang lebih tinggi.

"Selain itu, beliau adalah inspirasi saya semasa saya berkhidmat dengan TNB apabila beliau pernah menjadi pengerusi eksekutif dalam organisasi itu dan saya pengurus daerah ketika itu, beliau pernah berkongsi fikiran dan idea dengan saya dan saya benar-benar mengucapkan terima kasih kepadanya untuk itu," kata Idris dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jamaluddin, 63, terkorban apabila helikopter AS365N2 Dauphin yang dinaikinya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri kenduri kahwin anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang, terhempas pada pukul 4.45 petang semalam.

Turut terkorban ialah Juruterbang Kpt Clifford William Fournier; Pembantu Operasi Aidana Baizieva; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang; Azlin, dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa