Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, April 05, 2015

HELIKOPTER DINAIKI ALLAHYARHAM JJ DISABOTAJ???


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan siasatan rapi dilakukan dari segala aspek supaya punca tragedi dapat dikenal pasti berhubung nahas helikopter terhempas yang mengorbankan nyawa enam penumpang termasuk dua pegawai kanan beliau petang tadi.

Sebelum ini MYKMU melaporkan bahawa terdapat kemungkinan unsur sabotaj dalam kemalangan tersebut.

Sementara itu TheRakyatPost.com. melaporkan Perdana Menteri menganggap kemalangan ini merupakan satu kehilangan dua orang yang begitu yang begitu besar sumbangan kepada kerajaan, parti dan negara.

“Bagi saya, satu kehilangan amat besar kerana Tan Sri Jamaluddin Jarjis sejak zaman universiti, dalam sejarah perjuangan kerjaya politik, kami amat rapat dalam satu bahagian, satu pentadbiran dan penasihat khas Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Dia juga mempunyai ramai kenalan dalam kerajaan sebagai Duta Khas di Washington, juga memainkan peranan mengukuhkan hubungan dengan AS dan Malaysia.

“Saya anggap Tan Sri berkebolehan tinggi, banyak jasa kepada parti dan negara. Dia juga banyak beri pandangan dan nasihat. Kehilangan beliau satu tragedi besar. Saya amat sedih dengan apa yang berlaku,” katanya yang ditemui pemberita di lokasi kejadian yang turut dihadiri Datin Seri Rosmah Mansor, anaknya Najwa dan suami.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat.

Najib bagaimanapun menjelaskan beliau tidak boleh mengesahkan identiti mangsa-mangsa tragedi selagi belum disahkan oleh forensik.

Ketika ditanya mengenai kehilangan Ketua Setiausaha Sulitnya, Datuk Azrin Alias, Najib melahirkan rasa sedih dengan kejadian ini sambil berharap kesemua keluarga mangsa nahas tabah dan bersabar.

“Azrin amat rapat dengan saya membantu urusan dalam kerajaan dan secara peribadi. Beliau bersetuju tinggalkan kerjayanya dalam korporat untuk berkhidmat dengan kerajaan.

“Satu kehilangan besar. Harap keluarga mangsa-mangsa nahas ini tabah sabar dalam dugaan. Saya dan semua rakan-rakan berdoa apa yang telah berlaku.

Najib juga menyarankan agar musibah ini memberi contoh supaya lebih bersatu dalam memperjuangkan untuk kepentingan bangsa, agama dan negara.

Enam penumpang dalam nahas helikopter jenis S365 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih berjaya ditemui oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Pengarahnya, Othman Abdullah berkata lima penumpang dijumpai dalam satu kumpulan manakala seorang lagi ditemui terhempap di bawah rangka helikopter.

“Kesemua mayat yang dijumpai dalam keadaan sempurna tetapi terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurut Othman, helikopter tersebut dalam perjalanan dari Pekan, Pahang menuju ke Subang, melalui kawasan Mines sebelum terputus hubungan.

“Helikopter dipercayai meletup di udara dan punca sedang dikenal pasti,” jelasnya.

Kesemua mayat mangsa nahas dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.--MYKMU

11 comments:

Anonymous said...

manusia yg mempunyai banyak salah dan dosa rasa disabotaj. elok mampus pun. prk lagi.

Mahathir Ejen cia said...

Pembunuhnya ialah tun mahathir. Beliau arahkan ejen cia (sbb beliau pun ejen cia juga) untuk sabotaj helikopter ketua setiausaha pm. Caranya ialah ejen cia tersebut melonggarkan hydraulic hose pd rotor kipas utama. Bila kipas utama mula berpusing, hose tersebut akan tercabut setelah beberapa kali pusing. Lantas hydraulic akan melimpah ke dalam enjin utama yg sdg panas. Maka letupan kecil berlaku yg mengakibatkan enjin terhenti.

Ini bukan pertama kali tun mahathir membunuh. Sudah banyak kali. Antara pembunuhan terbesar yg dilakukan oleh tun mahathir ialah tercetusnya Konspirasi 13 mei, krn tun mahathir mahu menjatuhkan tunku abdul rahman

khai said...

mmg betul pun, suruh najib berjaga, nanti jet peribadi plak meletop

khai said...

tak baik menuduh, dah kebetulan perkara ini berlaku, tun mahathir yg jaga ekonomi malaysia masa zaman mak bapak kita pun, ko nak maki juga.jgn2 ko yg buat sabotaj kot sb ko tau caranya

khai said...

tak baik menuduh tun mcm tu, tun yg menjaga ekonomi malaysia zaman mak bapak kita dulu, sangup ko ckp mcm tu.jgn2 ko yg buat sb ko tau cara nak letupkan heli mcm mna

ddd said...

Khai, dlm dunia ni mcm2 boleh berlaku. Tidak ada yg mustahil. Sedangkan seorang wali pun boleh merogol wanita dan minum arak. Inikan pula manusia fasik mcm tun mahathir.

Saya rasa khai ni masih mentah dlm dunia sebenar.

Anonymous said...

hahaha..ada kebenaran perlu siasat tapi tak perlu lah kot.. kemalangan ini ada kaitan dengan MH370 kenapa jj..??? sebab rompin je mejoriti sokong UMNO kalau bagi menteri lain belum tentu menang kat kawasan dia..sebelum cerita sebenar pasal MH370 terbongkar...maka JJ al fatihah!!!cukup lah kot...tak mau cerita lebih2 kat sini...pasal blog UMNO.

Anonymous said...

Elok la tu.

Anonymous said...

jgn Tun Mahathir..berdosa besar fitnah org. Dia sama dia bergaduh org lain pulak yg dituduh!!! Allah Maha Mengetahui segalanya..jgn memain

Anonymous said...

Jgn fitnah Tun Mahathir. Dia baik. malah jgn fitah sesiapa pun. kamu bergaduh sesama kamu, org lain pulak yg kamu tuduh. Allah Maha Melihat dan Mengetahui apa yg kita semua buat

Anonymous said...

Jgn fitnah Tun Mahathir. Dia baik. malah jgn fitah sesiapa pun. kamu bergaduh sesama kamu, org lain pulak yg kamu tuduh. Allah Maha Melihat dan Mengetahui apa yg kita semua buat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa