BLOG JIWA PARADOX MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KERABAT KELUARGA ALLAHYARHAM TAN SRI DATO SRI JAMALUDDIN JARJIS YANG TELAH DIJEMPUT PENCIPTANYA KEMBALI ALAM BARZAH PETANG TADI.
UCAPAN TAKZIAH JUGA KEPADA YANG TERLIBAT SAMA DALAM KEMALANGAN INI.
SEMOGA ALLAH MEMILIH ROH MEREKA UNTUK BERADA BERSAMA PARA KEKASIHNYA.
BAGI YANG BERAGAMA ISLAM, SUDILAH HADIAHKAN PAHALA BACAAN SURAH AL-FATEHAH UNTUK ROH MEREKA YANG TERKORBAN.
JPX
Ahli Parlimen Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis telah disahkan terbunuh dalam kemalangan tersebut. Pengesahan tersebut datangnya daripada Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi.
Sebelum itu, Jamaluddin Jarjis menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Najib Abdul Razak di Pekan, Pahang. Dan Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussein Onn telah mengesahkan, Jamaluddin Jarjis berada dalam helikopter berkenaan.
Senarai Mangsa Yang Terkorban Nahas :
1. Chris - Pilot
2. Eidiana - co pilot
3. Tan Sri Dato' Sri Jamaluddin Jarjis
4. Dato Seri Azlin - Ketua SUS YAB PM
5. Dato Tan
6. Razkan - BG Tan Sri JJ (PDRM)
Helikopter itu membawa enam orang termasuk juruterbang dan pembantunya apabila terhempas kira-kira jam 4.55 petang.
Empat lagi adalah juruterbang dikenali Cliff Fournier, pembantunya Eidiana, Datuk Robert Tan dan seorang pengawal peribadi kepada Jamaluddin.
Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.
Helikopter itu dikatakan jenis AS365 milik Solitaire Air Services dipercayai dalam penerbangan dari Senai ke Subang apabila kemalangan berlaku.
Sebelum itu, mereka dari Pekan kerana menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri.
Cuaca ketika kejadian dilaporkan hujan serta angin kencang dan ada laporan mengatakan saksi melihat pesawat itu meletup di udara.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, semua mayat berjaya ditemui dan dikeluarkan jam 8.15 malam tadi dan akan dibawa sama ada ke Hospital Serdang atau Hospital Kuala Lumpur untuk pengecaman dan pengesahan identiti.
Pihak Jabatan Penerbangan Awam dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tragedi itu.
No comments:
Post a Comment