TIDAKKAH sesiapa bertanya kenapa perhimpunan haram yang dirancang PKR Sabtu ini, berubah lokasi dari tempat besar-besar seperti Dataran Merdeka, Padang Merbok dan sebagainya, ke ruang yang lebih sempit di Sogo?
Berapa ramai sangat orang yang boleh diletakkan disitu? 10 ribu? 20 ribu? Apa pun jumlahnya tak ramailah seperti Bersih, HKR dan beberapa himpunan seumpamanya sebelum ini, itu pasti.
Walaupun dicampur dengan orang ramai yang lalu lalang disekitar kawasan itu untuk membeli belah, menonton persembahan busker dan sebagainya, paling ramai orang boleh berkumpul adalah sekitar ratus-ratus orang sahaja.
Ini menunjukkan bahawa sokongan terhadap Anwar dan pakatan pembangkang, sudah semakn berkurangan. Sama seperti jelalah Anwar sebelum dipenjarakan tempoh hari, pun cerita yang sama. Dalam jelajah tersebut, lokasi ‘grand finale’ diubah dari Stadium Melawati ke padang bersebelahan Amcorp Mall sebab takut orang tak ramai.
Oleh yang demkian,kalau sesiapa masih tak sedar dengan penurunan sokongan ini, memang sengaja taknak sedarlah sebab yang menjadi tenaga penggerak pun tahu sokongan telah berkurangan, sebab itu
Tapi kerana para penggerak ini perlu meneruskan juga perjuangan sia-sia ini demi kelangsungan karier politik masing-masing dengan ada yang bergelar YB< Timbalan Speaker dan sebagainya, maka ada takdak orang datang, demo perlu juga digerakkan.
Cuma pelik dengan yang tidak ada kepentingan apa-apa pun tapi nak ikut sibuk sama ni kenapa? Tak sedar ke yang awak tu hanya dipergunakan sahaja?
Anwar ke dalam berapa tahun sekalipun, tidak ada kepentingan sama sekali terhadap rakyat, buat susah lagi adalah kalau dia duduk luar, asyik menghasut tak habis-habis – menangnya tak juga
1 comment:
Kenapa tak buat di Bukit Bintang. Sebab di situ banyak peniaga cina. Jadi mereka tak beranai
Post a Comment