Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, March 08, 2015

ALHAMDULILAH:PENYOKONG PAS SUDAH MULA TOLAK PKR


Selalunya di mana-mana perhimpunan atau demonstrasi jalanan anjuran PR, ahli dan penyokong PAS dilihat kerap mendominasi dari segi jumlah penyertaan berbanding penyokong PKR dan DAP.

Tapi himpunan #KitaLawan yang berlangsung hari ini menampakkan perbezaan ketara apabila peserta keturunan Cina yang merupakan penyokong DAP dan PKR lebih ramai berbanding peserta Melayu.

Secara kasar penulis anggarkan mungkin tidak sampai 30 peratus peserta himpunan ini terdiri dari kalangan orang Melayu dengan kebanyakannya adalah penyokong PKR.

Hanya segelinitir sahaja orang Melayu yang pro PAS dikesan menyertai himpunan kali ini, itu pun  merupakan golongan PAS Anwarinas yang berkumpul di sekitar Pejabat PAS sebelum berarak ke Kompleks Sogo.

Jumlah yang hadir dalam demo kali ini juga tak melebihi 3,000 orang. Itu anggaran penulis, manakala portal Malaysiakini menyebut sekitar 10,000 hadir.

Mana satu yang betul terpulang pada pembaca untuk memilihnya, namun satu yang pasti himpunan #KitaLawan ternyata hambar dan lesu berbanding himpunan-himpunan besar sebelumnya.

Berkali-kali ganda jauh berkurangan berbanding penyertaan semasa himpunan HKR 2013 dan Bersih 3.0 2012. Satu kemerosotan yang cukup ketara. Itu hakikat.

Apa sudah jadi? Sepertinya penyokong PAS sudah mula menjauhkan diri dari himpunan yang ada kaitan dengan PR. Atau mungkin juga disebabkan tiada arahan atau kerahan dari pucuk pimpinan PAS menjadi punca utama kelesuan himpunan #KitaLawan hari ini.

5 comments:

Anonymous said...

Pas tak dak, dapigs tak dak, pkr pun tak dak. Yg ramai tu pekerja2 yg dibayar elaun aje.......dapatla 50 ke 60 satu hari......

pemerhati said...

bagus bia diorg je join, kami malay folks pegi mana ms tu? some of us busy pegi fundamental class utk world's economy. selamat m'buang masa ye cinabeng bangsat

Anonymous said...

Lepas ni tolak PASMA. Bukan PASMA, bubuh nama PAS-SEMAK.

Anonymous said...

Bukan penyokong Pas, tapi penyokong Hadi.....
Mat Sabu sampai sanggup ke London!
Tunggulah bila Hadi sudah tak pegang kuasa lagi, mereka akan berbondong-bondong balik ke Sogo dan Dataran Merdeka.

Anonymous said...

Pergi demo kat perlis lagi bagus desak supaya Mufti lembu letak jawatan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa