Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan memalukan.
Menurut beliau, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Tegasnya, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.
“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.
“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Kazim yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, dakwaan tersebut turut menjejaskan kredibilitinya.
“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah.
“Saya akan membuat sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini pagi esok,” katanya.
Mohd. Kazim diminta mengulas penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis di laman-laman sosial yang tidak bersetuju beliau menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.
Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’.
Sementara itu, katanya, ‘riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramahnya yang menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.
Mengulas perkara tersebut, kata Mohd. Kazim, dalam ceramahnya, beliau hanya mengatakan perbandingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.
“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham,” katanya.
Beliau kesal kerana surat Jabatan Mufti Perlis itu menyebut ‘riwayat-riwayat palsu’ yang seolah-olah menggambarkan dirinya sudah banyak kali membacakan hadis tidak benar.
“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya.
Utusan
2 comments:
Pelantikan mufti perlulah betul-betul disaring tahap keilmuan seseorang calon mufti itu, bukannya dilantik seperti sekarang, ini hinggakan pengampu dan pembodek pun boleh jadi mufti hingga takut menyatakan kebenaran kerana sayangkan jawatan walaupun kemungkaran di depan mata. Malahan ada juga mufti yang memecah belahkan masyarakat dengan kenyataan seperti orang kebanyakan yang tak berapa tahu hukum hingga mencetuskan perbalahan dalam masyarakat.
Kepada pihak berkuasa, sila ambil perhatian berhubung perkara ini, jangan hanya tengok ada ijazah dari mana-mana universiti terus kutip jadi mufti, tetapi saring dan kajilah ilmu, begitu juga dengan pegawai-pegawai dan kakitangan lain di pejabat mufti, perlu yang berwibawa, bukannya tengok ada SPM, STPM, Diploma, ijazah terus kutip jadi kakitangan dan pegawai sampai tak kisah apakah orang itu benar-benar berkelayakan atau pun tidak.l
Perlu difahami bahawa urusan agama ini bukanlah seperti urusan-urusan lain, kelayakan duniawi tidak memadai, ilmu agama yang faqih dan berupaya membuat ijtihad berdasarkan Al-Quran dan Hadis serta penulisan ulama-ulama terdahulu adalah penting untuk menjadi mufti atau pegawai di Pejabat Mufti.
Siapa yang cadangkan nama dia kepada raja Perlis? "Siapa" ini lah yang patut bertanggong jawab. "siapa" ini adalah juga suku sakat wahabi tegar.....merosakkan agama.....macam dah tak ada rakyat Perlis lain yang berkelayakkan.....atau mungkin semuarakyat Perlis menyokong.....wallahu aalam...
Post a Comment