Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, March 28, 2015

POLIS TAHAN KOMUNIS MELAYU!!!


PULAU PINANG - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis sekitar jam 12.20 tengah malam tadi setelah keluar dari kereta Timbalan Pesuruhjaya Pas, Salleh Man Mat Aji untuk minum di sebuah restoran berdekatan Pekan Sungai Dua.

Sebelum itu beliau baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Negeri di Markaz Tarbiyah Pas Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Pagi tadi beliau hadir ke Mahkamah Seksyen Butterworth pembicaraan kes Mat Indera.

Pembicaraan bersambung hari ini dengan saksi pendakwa ke 10 membabitkan Pakar Sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Khoo Kay Kim.

Menurut Penolong Setiausaha Pas Negeri, Zahar Zainul, Mohamad belum sempat minum bersama mereka, pihak polis terus membawanya ke Balai Polis Seberang Jaya.

"Saya agak polis mengekori beliau dari Markaz Pas Negeri Di Pongsu Seribu lagi. Turun saja kereta Ustaz Saleh Man polis terus bertindak menahannya, " katanya.

Penahanan terbabit berkemungkinan melibatkan kes demonstrasi di Kuala Lumpur hari ini.

Petang semalam Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga ditahan di bawah Akta Hasutan apabila menyeru ahli parti hadir ke 'demontrasi #KitaLawan' yang bakal diadakan hari ini di Kuala Lumpur.

1 comment:

Anonymous said...

Kata kita lawan, kenapa ikut polis pegi balai? Lawan la polis kalau dah berani sangat. Serang balik polis ke, maki polis ke dan jangan benarkan polis tahan. Cakap aje besar pakai slogan kita lawan, air kopi depan matapun belum sempat minum dan menggigil ikut pilis pergi balai. Pemimpin penakut macam pondan. Cakap berdegar2 depan pecacai boleb la. Bila depan polis, kecut macam tikus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa