HUDUD dan segala polemik yang boleh dikaitkan dengannya adalah 100% masalah PAS dan Pakatan. UMNO/BN kalau dikaitkan sekalipun hanya sebagai alasan nak menutup kegagalan nak melaksanakan saja.
Ini prinsipnya.
Jadi, bila parti haru biru macam PKR cuba babitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu hudud ini, ramai orang tergelak. Tiba-tiba pandangan Najib jadi begitu penting pada PKR.
Dengan apa cara pandangan Perdana Menteri penting bila yang terkesan hebat dengan perbalahan hudud ni adalah parti-parti Pakatan? Bincang entah berapa kali bincang, mesyuarat entah berapa kali mesyuarat, keadaannya tetap macam tu, takdak keputusan.
Ada keputusan sekalipun, serupa macam takde keputusan, akan datang berubah-ubah sebab masing-masing taknak mengalah. Jangan kata DAP dan PKR, PAS sendiri pun tak tetap pendirian pasal hudud, kejap sebahagian negara Islam, kejap hanya jenama (2011).
Itu yang gebang nak laksana tu.
Patutnya orang macam Rafizi patut umum apa pendirian Anwar, itu yang penyokongnya nak tahu, bukan Najib. Najib tak ada kaitan sama sekali dengam Pakatan.
Nampak sangat ini semua helah nak menutup perbalahan sesama sendiri dalam Pakatan.
BN/UMNO akan ada pandangannya sendiri nanti, cuma apa pun pandangan itu ia tidak berkaitan dengan Pakatan sama sekali tapi adalah untuk kepentingan politik BN/UMNO saja, Pakatan apa kena mengena?
Ya, hudud yang sedang diperbincangkan sekarang ini adalah persoalan politik, bukan persoalan agama sama sekali. Ada siapa nak bantah?
No comments:
Post a Comment