Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, March 26, 2015

PEMBANGKANG SUDAH BERANI BUAT RAJA-RAJA MELAYU MURKA


Majlis Raja-raja Melayu melahirkan rasa dukacita dan murka berhubung artikel fitnah yang disiarkan oleh portal Malaysia Insider.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia artikel yang disiarkan itu telah mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

“Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

“Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis,” menurut satu kenyataan yang diterima SuaraTV sebentar tadi.

Kenyataan tersebut turut menyatakan intipati yang dibincangkan melalui mesyuarat ke 237 yang diadakan pada 11 hingga 12 Mac itu.

“Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

“Perkara-perkara mengenai Agama Islam, pelantikan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran” ujar kenyataan tersebut lagi.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysi turut berkata sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang bagi menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Terdahulu portal pro pakatan rakyat itu mendakwa mesyuarat Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu yang diadakan pada 11 Mac lalu menolak cadangan pindaan Akta tersebut.

“Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.

“Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah” ujar portal yang memetik kenyataan sumber.

Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 dalam sidang DUN walaupun mendapat tentangan daripada rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

1 comment:

Ted Manoff said...

Jangan khuatir...keadaan ini akan lebih memantapkan institusi diraja...lagi banyak chobaan lagi kental...cuma laksanakan undang2 terhadap pemfitnah...beres

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa