Pejabat
Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan laporan sebuah portal tempatan
yang mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan bahawa
Akta Hasutan diperlukan untuk membendung keganasan.
Sebaliknya perdana menteri hanya menyebut, “Kita mengutamakan keharmonian kaum dan agama, sebab itu kita perlu mengukuhkan Akta Hasutan," dalam ucapannya sempena Sambutan Hari Polis ke-208, di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur, hari ini.
“Kami ingin menjelaskan laporan yang tidak tepat oleh laman web Malaysian Insider hari ini. Perdana Menteri Najib Razak tidak berkata Akta Hasutan diperlukan untuk membendung keganasan," menurut kenyataan di laman Twitter rasmi pejabat perdana menteri.
Terdahulu, portal berita itu menyiarkan petikan ucapan Najib yang mengatakan bahawa pihak polis dibenarkan membuat tangkapan di bawah Akta Hasutan 1948 untuk mencegah kegiatan keganasan di negara ini.
Menurut portal itu lagi, perdana menteri dilaporkan berkata, penggunaan Akta Hasutan adalah langkah pencegahan dan jika tidak digunakan, lebih ramai akan menjadi mangsa keganasan.
Dalam pada itu, PMO juga sudah meminta pihak pengurusan media tersebut untuk membetulkan laporan itu namun sehingga kini mereka gagal berbuat demikian.
“Walaupun permintaan kami untuk membetulkan cerita, The Malaysian Insider masih belum berbuat demikian,” petik kenyataan itu lagi.

No comments:
Post a Comment