Minggu ini sudah beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat
ditahan oleh pihak polis. Kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai kesalahan,
tapi jelas ianya berkaitan dengan hasutan jahat, menghasut untuk mencemar keamanan negara.
Pihak polis juga berjaya mendapatkan perintah tahanan reman
terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan aktivis ‘songsang’ si Hishamuddin
Rais yang telah ditangkap semalam. Katanya kedua-dua mereka ditahan reman
selama tiga hari.
Episod penahanan pemimpin PR bermula, apabila dikatakan
mereka sering mengeluarkan ayat, atau perkataan yang menghasut rakyat membenci
kerajaan dengan fakta yang tidak betul dan boleh dipertikaikan. Tentu ianya ada
kaitan dengan penahanan Ketua Umum mereka atas kes meliwat pembantu
peribadinya.
Sejak dari peristiwa penahanan tersebut, mulalah konco-konco
Anwar membuat kacau diseluruh negara dengan berdemo kononnya atas nama keadilan
dan mahu Anwar dibebaskan. Tak cukup dengan perkara tersebut, mereka juga
pernah mengunakan nama KDYMM YDP Agong apabila dikatakan baginda tidak bersetuju
dengan keputusan Anwar dipenjarakan, berdasar isu politik.
Sedangkan pada hakikatnya, Anwar dipenjara bukan atas dasar
isu politik, kerana sejak bila meliwat tu menjadi satu perbuatan politik?
Apakah dengan perbuatan meliwat pembantu peribadi secara paksa pun boleh
dikatakan kes politik?
Macam mana pula jika ada kes lelaki India merogol perempuan
melayu, apakah itu perbuatan boleh diklafikasikan sebagai RASIS? Sebab ia
melibatkan India rogol Melayu? Sedangkan isu
utamanya ialah merogol, bukan warna kulitnya. Biar sesiapa
pun yang melakukan perbuatan tersebut, hukumannya tetap sama.
Sebab itu kes Anwar tidak boleh dikategorikan sebagai kes
politik.
Kini polis sudah pun bertindak dengan menangkap para
penghasut yang mengajak rakyat membuat kacau di jalanraya. Tapi tugas polis
hanya mampu menangkap dan mengumpul bukti. Untuk mendakwa mereka yang
ditangkap, ianya bergantung kepada Pejabat Peguam Negara.
Jadi penulis serta rakyat Malaysia, menaruh harapan yang
tinggi pada Jabatan Peguam Negara untuk membuka laporan dan mendakwa mereka
yang dikaitkan dengan penahanan pada kali ini.
Mereka yang ditahan ini bukan kali pertama menjadi batu api
dan penghasut pada rakyat, sudah banyak kali. Apakah tiada langsung perkara
yang boleh dikaitkan atas perbuatan jahat mereka?
Harapan rakyat Malaysia janganlah dihampakan lagi. Mohon
Jabatan Peguam Negara tidak tidur buat kali ini..
3 comments:
Dia senyum jerrr, maniskan wajah jerrr...
Kalau malas kerja, asyik lari kerja baik pencen. Dh tentu bnyk masa utk tidur. Nak tidur terus tak bangun2pun boleh....
Kontrak AG dah sambung ker atau akan ada AG baharu mengantikan Ghani Patail? Rakyat mahukan keaman yang lebih berkekalan untuk memajukan ekonomi Negara dan peniaga. Tolong lebih tegas.
Post a Comment