Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, March 31, 2015

MELAKA SERIUS KEKANG PENGGANAS IS

IDRIS HARON (dua dari kiri) menerima cendaramata daripada Md.


MELAKA 30 Mac - Satu inisiatif berbentuk tapisan keselamatan dilaksanakan kerajaan negeri dalam usaha mengekang pengaruh gerakan militan Negara Islam (IS) dalam kalangan kakitangan awam di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, tapisan keselamatan peringkat awal dengan menjalani ujian air kencing itu telah diadakan bermula di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) bagi kakitangannya secara berpe­­ringkat-peringkat.

Menurutnya, ujian berkenaan dilakukan bagi memastikan agar tiada kakitangan awam termasuk agensi kerajaan negeri berada di bawah pengaruh dadah yang mungkin boleh menjurus mereka kepada penglibatan dalam gerakan mengancam keselamatan negara.

“Saya turut menganjurkan agar ujian sama dilaksanakan terhadap hampir 5,000 kakitangan awam di negeri ini secara berperingkat-peringkat bagi memastikan tiada yang terpengaruh atau mempunyai minat ke arah menyertai gerakan tersebut.

“Ujian peringkat pertama ini perlu dilakukan secara berterusan dan jika kita dapat kenal pasti dari peringkat awal, mudah bagi kita untuk mengawal perkara tersebut menjadi lebih serius,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Taklimat Keselamatan dan Ancaman Gerakan Militan Negara Islam (IS) di Dewan Besar Utem, Durian Tunggal, di sini hari ini.

Yang hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Naim Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin dan Naib Canselor Utem, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib.

Jelas Idris, beliau yakin ada penjawat awam yang mungkin bersimpati atau terpengaruh terhadap perjuangan IS dan tapisan keselamatan itu dilihat wajar dilaksanakan di semua agensi serta jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan di negeri ini.

Katanya, sekiranya ada dalam kalangan kakitangan awam didapati positif ujian itu, maka mereka perlu melalui proses sedia ada dalam agensi kerajaan di bawah perintah am.

“Mereka seterusnya akan melalui pemeriksaan lebih lanjut termasuk mengenal pasti gaya pemikiran, kecenderungan dan sebagainya termasuk memeriksa apa yang diluahkan di laman sosial,” katanya.

Idris berkata, untuk mengenal pasti kecenderungan minat seseorang itu terhadap gerakan militan bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana tiada mekanisme bersesuaian bagi mengukurnya.

“Kita sukar nak mengenal pasti mereka yang terlibat, tapi di pe­ringkat permulaan kita akan lakukan pemeriksaan ujian air kencing kerana ketidakstabilan pemikiran di bawah pengaruh dadah dan arak boleh menjurus kepada perkara berkenaan,” katanya.

Lebih 4,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sekitar Melaka mendengar penerangan daripada pakar berpengalaman luas mengenai isu ke­selamatan negara tersebut.--UM

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa