Ketika ini penerbit, pengarah dan penulis skrip dilanda sindrom “korporat.” Kisah-kisah anak muda Melayu kaya mempunyai empayar korporat diperagakan dalam hampir semua saluran yang mempunyai slot drama Melayu. Tapi gambaran yang diberikan tidak lebih sebuah fantasi yang menerbangkan penonton Melayu di alam khayalan.
Drama-drama begini sangat memalukan. Memalukan orang Melayu yang dunia korporatnya hanya bercinta, cemburu, iri hati, mak bapa yang kaya tapi dungu. Benarkah orang korporat Melayu dungu macam dalam drama Melayu? Mana ada. Sebahagian besar penerbit, pengarah dan penulis skrip drama Melayu banyak temberang dan mengarut.
Korporatlah sangat. Memang memalukanlah. Siti percaya drama begini langsung tidak membina iltizam orang Melayu untuk kaya. Sebab orang Melayu korporat dalam drama Melayu akhirnya jadi haprak. Kalau tak percaya sila tonton. Stesen televisyen pula sangat materialistik, drama haprak pun disiarkan kalau menguntungkan.
Hari ini jangan haraplah nak cari drama macam Cikgu Limau Kasturi karya Allahyarham Zain Mahmud. Dalam drama ini Allahyarham Harun Salim Bachik memberikan lakonan yang terbaik. Drama ini menjadi hebat kerana ia membawa pemikiran besar. Drama sekarang kosong macam belon.
Kalau sekarang awal-awal lagi penerbit menolak kisah-kisah kemanusian di kampung-kampung. Mana tidaknya semua nak korporat, konon.
Siti difahamkan Cikgu Limau Kasturi sebuah kisah benar di Gua Musang. Watak guru dalam drama ini diangkat daripada seorang guru yang pernah bertugas di kampung itu. Harun Salim Bachik menghidupkan watak guru yang terpaksa berdepan realiti hidup di Kampung Limau Kasturi.
Kepayahan berada di sekelilingnya. Di dunia baharu, dia berdepan dengan anak bangsa yang menagih kemajuan dan pendidikan. Drama ini mengingatkan kita bahawa guru sebagai penjana masyarakat berpendidikan, sanggup menempuh segala macam kesukaran melampaui kerjayanya sebagai guru.
Demikianlah sebuah drama kecil dengan latar sosialnya yang semacam tersingkir memberi kesan yang besar. Cikgu Limau Kasturi lari daripada segala macam imej korporat yang dibuat-buat dalam drama yang dilonggokkan kepada penonton sekarang ini.
Bagi Siti, penonton kita ketandusan dengan drama-drama yang menyingkap realiti sosial seperti ini. Banyak sangat riuh rendah dan kilau kemilau serta korporat yang setengah masak. Tak ada maknanya kemajuan teknologi pembikinan drama kalau pemikiran penerbit, pengarah dan penulis skrip lapuk dan jumud. Sekarang tambah satu lagi, penulis novel picisan yang diadaptasi jadi drama bersiri.
Penerbit, pengarah dan penulis skrip sekarang tidak malukah kepada kemampuan orang sebelum ini menghasilkan drama yang baik? Tapi mereka ini mana ada rasa malu, berbangga adalah. Sepatutnya mereka menyesal dan menghantuk kepala ke dinding kerana menghasilkan drama-drama memalukan bangsa.--SITI JARUM
Ketika
ini penerbit, pengarah dan penulis skrip dilanda sindrom “korporat.”
Kisah-kisah anak muda Melayu kaya mempunyai empayar korporat diperagakan
dalam hampir semua saluran yang mempunyai slot drama Melayu. Tapi
gambaran yang diberikan tidak lebih sebuah fantasi yang menerbangkan
penonton Melayu di alam khayalan.
Drama-drama begini sangat memalukan.
Memalukan orang Melayu yang dunia korporatnya hanya bercinta, cemburu,
iri hati, mak bapa yang kaya tapi dungu. Benarkah orang korporat Melayu
dungu macam dalam drama Melayu? Mana ada. Sebahagian besar penerbit,
pengarah dan penulis skrip drama Melayu banyak temberang dan mengarut.
Korporatlah sangat. Memang memalukanlah. Siti percaya drama begini langsung tidak membina iltizam orang Melayu untuk kaya. Sebab orang Melayu korporat dalam drama Melayu akhirnya jadi haprak. Kalau tak percaya sila tonton. Stesen televisyen pula sangat materialistik, drama haprak pun disiarkan kalau menguntungkan.
Hari ini jangan haraplah nak cari drama macam Cikgu Limau Kasturi karya Allahyarham Zain Mahmud. Dalam drama ini Allahyarham Harun Salim Bachik memberikan lakonan yang terbaik. Drama ini menjadi hebat kerana ia membawa pemikiran besar. Drama sekarang kosong macam belon.
Kalau sekarang awal-awal lagi penerbit menolak kisah-kisah kemanusian di kampung-kampung. Mana tidaknya semua nak korporat, konon.
Siti difahamkan Cikgu Limau Kasturi sebuah kisah benar di Gua Musang. Watak guru dalam drama ini diangkat daripada seorang guru yang pernah bertugas di kampung itu. Harun Salim Bachik menghidupkan watak guru yang terpaksa berdepan realiti hidup di Kampung Limau Kasturi.
Kepayahan berada di sekelilingnya. Di dunia baharu, dia berdepan dengan anak bangsa yang menagih kemajuan dan pendidikan. Drama ini mengingatkan kita bahawa guru sebagai penjana masyarakat berpendidikan, sanggup menempuh segala macam kesukaran melampaui kerjayanya sebagai guru.
Demikianlah sebuah drama kecil dengan latar sosialnya yang semacam tersingkir memberi kesan yang besar. Cikgu Limau Kasturi lari daripada segala macam imej korporat yang dibuat-buat dalam drama yang dilonggokkan kepada penonton sekarang ini.
Bagi Siti, penonton kita ketandusan dengan drama-drama yang menyingkap realiti sosial seperti ini. Banyak sangat riuh rendah dan kilau kemilau serta korporat yang setengah masak. Tak ada maknanya kemajuan teknologi pembikinan drama kalau pemikiran penerbit, pengarah dan penulis skrip lapuk dan jumud. Sekarang tambah satu lagi, penulis novel picisan yang diadaptasi jadi drama bersiri.
Penerbit, pengarah dan penulis skrip sekarang tidak malukah kepada kemampuan orang sebelum ini menghasilkan drama yang baik? Tapi mereka ini mana ada rasa malu, berbangga adalah. Sepatutnya mereka menyesal dan menghantuk kepala ke dinding kerana menghasilkan drama-drama memalukan bangsa.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/drama-melayu-sekarang-memalukan-1.74722#sthash.qHSU5lyc.dpufKorporatlah sangat. Memang memalukanlah. Siti percaya drama begini langsung tidak membina iltizam orang Melayu untuk kaya. Sebab orang Melayu korporat dalam drama Melayu akhirnya jadi haprak. Kalau tak percaya sila tonton. Stesen televisyen pula sangat materialistik, drama haprak pun disiarkan kalau menguntungkan.

2 comments:
Salam Bro,Aku setuju dengan SJ.Drama sekarang memang hampeh !Cerita mengenai syarikat besar tetapi pengisiannya cinta,harta,berebut bini,berebut laki,dengki sana,dengki sini dan yang aku kesalkan sangat ialah sejak akhir-akhir ini dah ada ciri-ciri perlakuan maksiat .Seperti drama yang baru habis tayangannya,mengandungkan anak luar nikah tak ada rasa malu,tak ada rasa bersalah.Ini semua contoh yang tidak baik kepada masyarakat terutama anak-anak muda.Aku minta Pihak Berkuasa Agama beri perhatian tentang perkara ini.Aku takut jadi drama dari seberang,semua boleh dan halal
Orang agama mana ada masa untuk itu semua. Mereka sentiasa sibuk mengejar waktu solat aje..tanggung jawab sosial dianggap bukan bidang mereka..Sebab tu lah banyak fitnah fitnah dari orang kapir. Mereka apa peduli..cuma lebih banyak menyusahkan orang islam lagi..kerja cincai..yg paling dia orang nak ambil tindakan ialah tangkapan maksiat..Sebab utama bolih memalukan di pelaku..kaunseling..HAMPAS.
Post a Comment