Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, March 23, 2015

DAP SINGKIR PAS PADA KHAMIS INI???!!!


Seorang pembaca laman ini, sunzi bingfa bertanyakah sejauh mana DAP sanggup membuat keputusan untuk bergabung dengan PKR dan menyingkirkan PAS daripada Pakatan Rakyat (PR) pada Isnin atau Khamis ini :

Sama ada 323 atau 326 matlamat DAP adalah untuk menawan Putrajaya untuk UBAH Malaysia, BERSIHkan Malaysia daripada corak pemerintahan UMNO/BN sekarang.

323, hari Isnin. Tiga (3) adalah simbol kekuatan ‘yang’ (lelaki) manakala dua (2) pula pergabungan kuasa dengan ‘yin’ (wanita) untuk bersatu tenaga dengan ‘yang’ membentuk pasukan yang lebih kuat seperti Harimau Cina.

“Saya telah mengarahkan pada hari Selasa supaya sebuah mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP diadakan pada hari Isnin depan untuk membincangkan kedudukan dan pendirian parti dalam hal PAS. Dalam semangat demokrasi, kepimpinan nasional akan membenarkan pimpinan parti di peringkat negeri dan nasional untuk menyatakan pandangan mereka berkenaan hal ini secara peribadi atau terbuka untuk dibincangkan dalam mesyuarat pada Isnin malam nanti.”

*Kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 20 Mac 2015.

326, hari Khamis. Tiga (3) adalah simbol kekuatan ‘yang’ (lelaki) , dua (2) pergabungan kuasa dengan ‘yin’ (wanita) dan enam (6) simbol perlanjutan kuasa. Deria manusia ada 5 apabila ditambah 1 lagi ia menjadi 6. Kuasa deria ke-6 meneroka rahsia alam semesta.

“Kedudukan dan pendirian DAP dalam hal berkaitan PAS akan dibincangkan pada mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu Khamis depan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Beliau berkata kepimpinan nasional membenarkan pimpinan parti peringkat negeri dan nasional menyatakan pandangan secara peribadi atau terbuka dalam mesyuarat pada Isnin depan berhubung isu undang-undang hudud yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan, Khamis.”

Kenyataan Lim Guan Eng dipetik Bernama.

323 atau 326 pertimbangan yang akan DAP buat :

1. Kedudukan kerajaan PR di Selangor 15 (DAP) + 13 (PKR) +15 (PAS) dan 12 (BN) + 1(Bebas)

2. Ramalan pemilihan PAS Jun ini. Adakah Hadi kekal Presiden PAS dan sejauh manakah PASMA mampu menggugat PAS

3. Kedudukan tokoh-tokoh PAS pro DAP seperti Mohamad Sabu, Husam Musa, Hatta Ramli, Mujahid Yusof Rawadan sebagainya.

Atas pertimbangan tiga faktor di atas, apakah DAP sanggup membentuk kuasa antara ‘yang’ (DAP) dan ‘yin’ (PKR) sahaja serta menyingkirkan PAS yang di dalamnya turut dianggotai tokoh-tokoh PASMA ?--MYKMU

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa