Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, March 24, 2015

KENAPA USTAZ KAZIM CAKAP HUDUD TAK BOLEH DILAKSANAKAN DI MALAYSIA????


Hukum hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya rakyat Malaysia bersatu menerima hukum tersebut. Seperti yang kita ketahui hukum hudud yang wajib dilaksanakan adalah untuk semua rakyat di dalam sesuatu negara tersebut. Tiada pengecualian kepada yang bukan beragama Islam.

Jika hukum hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada dua jenis hukuman yang berbeza..org Islam yang melakukan zina (bagi yang dah berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina plak mungkin akan didenda ataupun tidak dikenakan apa-apa denda pun.

Masalah ini akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu adalah penganut agama Islam dan pasangannya pulak bukan beragama Islam. Pasangan yg bukan Islam itu mungkin tidak dikenakan hukuman berat pun, dan pasangannya pula yg beragama Islam akan direjam sampai mati (jika pesalah sudahpun berkahwin). Di sini kita akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas hukuman yang sama.

Bagaimana pulak dengan kesalahan mencuri sekiranya terdapat dua pencuri yang ditangkap dan diapati bersalah, seorang beragama Islam dan seorang bukan Islam ? Hanya pencuri beraga Islam dipotong tangan dan pencuri bukan Islam hanya dipenjarakan.

Cara utk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh ialah kita kena meminda undang-undang sivil terlebih dahulu. Kita perlu selaraskan dahulu hukuman sivil selari dengan hukuman hudud, barulah nanti wujud persamaan dari segi hukuman.

Masalahnya, mahukah golongan bukan Islam di anggota kabinet serta parti komponen dalam BN yang bukan beragama Islam menerima cadangan pindaan ini? 

Mahukah Dap, Pkr malah sebahagian ahli parlimen Pas menerima cadangan pindaan ini ? Adakah hak meminda undang-undang di Malaysia terletak di tangan menteri-menteri UMNO secara total? Tentulah tidak kan? 

Dan jangan ingat semua penyokong-penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud sebabnya PKR mengamalkan dasar liberal yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama.

Jom tengok apa kata Ustaz Kazim Elias mengenai perkara ini.



5 comments:

Anonymous said...

Ustaz Kazim cakap, "Jika hukum hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada dua jenis hukuman yang berbeza..org Islam yang melakukan zina (bagi yang dah berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina plak mungkin akan didenda ataupun tidak dikenakan apa-apa denda pun.

Maksudnya, ALLAH tak adil ka wahai ustaz? Seeloknya orang macam ustaz ada pencerahan terhadap bab hukum Hudud ini dan sepatutnya tidak sama dgn orang yang bukan ustaz. Tak begitu ? Cuma elokla kita bertanya Ustaz Kazim, semasa zaman Rasulullah SAW dulu pernah tak kita dapati ada pencuri yang telah di potong tangannya? Atau pun zaman Khalifah yang mana satu kah yang kita tau ada pesalah yang telah di potong tangannya atas kesalahan mencuri?

Tidak sepatutnya kita sebagai hamba kepada Pencipta beri respon terhadap hukum Hudud yg membawa nada yang serupa sahaja dgn orang bukan Islam yg sudah tentunya jahil dan tak suka dengan Islam.

Anonymous said...

Apa yg dinyatakan oleh DUKE..tu dah lama dipersoalkan olih mantan PM Tun M...Tapi manusia dimalaysia ni banyak yg jalan pakai tongkat..

Anonymous said...

di Malaysia ada parti politik gunakan agama utk meraih undi je jadi fikir-fikarkan le wahai semua!

Anonymous said...

Sape lbh bangang..susah nk tentukan sbb markah x byk beza...kazim ke atau empunya blogger...xperla...bg seri..sama2 bangang.

Nak rejam smpi mati...kene 4 saksi yg adil...empat2 kene tgk dgn jelas btg masuk lubang...saja nk nk ngendap xleh pakai persaksian..video x terima...sbb tu zaman nabi smpi ke akhir khalifah islam...hukuman rejam blh bilang dgn jari...1200 tahun beb..itupun kene rejam ats kes mengaku bersalah dfn sendiri..bkn kantoi.

Bila x cukup persaksian xleh hudud...maka itulah adanya qisas dan takzir. Qisas dan tkazir xder bunuh2.

Kau ni byk tfk semerah padi ni...hahahahaha

Lilith Anna said...

hudud masih boleh dilaksanakan.
contoh:
mencuri, kalau mangsa itu beragama islam, hukum hudud akan tetap dijatuhkan kerana mangsa itu dilindungi oleh hudud walaupun pencuri itu tak beragama Islam...ianya akan jatuh hudud terhadap mereka.

contoh 2:
berzina.
kalau pasangan itu antara seorang yg beragama islam, hukumnya akan tetap jatuh pada hudud.

hukum hudud, dari pandangan saya, akan memelihara seseorang mukmin dari perbuatan dosa and juga melindungi seseorang dari perjenayah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa