Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, March 18, 2015

DAP BUBARKAN PAS KAWASAN BATU!!!

DOA KO Umno nampaknya telah berbalik kepada parti PAS sekarang ini apabila satu demi satu kerosakan dalam Pas telah berlaku dengan teruk. 

Jika sebelum ini dengan kemunculan PasMa yang dikatakan bakal menggantikan Pas jika Hadi Awang keluar daripada PR, kini permulaan kehancuran Pas di Malaysia bakal menjadi semakin parah dan melarat. 

Semalam, 17 AJK Pas kawasan Batu, KL telah meletak jawatan serta merta kerana sudah hilang kepercayaan kepada Presiden, Hadi Awang akibat gagal menangani krisis dalam PR. 

Hadi Awang dan team MSU tidak patuh dengan arahan DAP supaya membatalkan niat untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan. 

Oleh kerana itu, atas Tahaluf Siyasi Pas Batu dengan DAP, PKR kawasan Batu maka semua ahli jawatankuasa Pas Batu meletak jawatan dengan sukarela dan secara automatiknya Pas Batu terbubar dengan sendirinya. --SUMBER

2 comments:

Anonymous said...

Mungkin ramai genarasi baru (lahir selepas 13 Mei 1969) tidak kenal siapa Ishak Surin (YDP PAS BATU). Beliau ni dikenali sebagai Cik Gu Sahak yang merupakan seorang "SOSIALIS" tegar sejak zaman PARTI SOSIALIS MALAYA penyokong kuat Nazar Nong yang pertanding menentang calon parti perikatan ketika itu, Tan Sri Aishah Ghani. Ishak Surin ni sejaoh mana yang diketahui, tidak pernah bersetuju dengan pemerintah dari zaman PERIKATAN (Kapal Layar) lagi hingga ke hari ni.Fahaman Sosialis ni (yang merupakan sayap kanan fahaman komunis) tidak dan tidak akan menerima sistem pemerintahan di bawah PERIKATAN sekarang BN. Lazimnaya fahaman sosialis ni ada yang tidak percaya "tuhan".Tup-tup menjadi pemimpin PAS lak.....Janggal...janggal beb...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa