Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, March 17, 2015

ALHAMDULILAH:PAS HALAU DAP DAN PKR KELUAR DARI PAKATAN!!!


Majlis Syura Ulama Pas memberi amaran kepada DAP agar tidak berterusan mengganggu Pas yang berusaha melaksanakan hudud namun jika masih berdegil, DAP dipersilakan keluar daripada pakatan pembangkang.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menegaskan, DAP sepatutnya bersifat terbuka dan memahami prinsip perjuangan Pas, bukannya menimbulkan pertelingkahan sesama parti sekutu dalam pakatan pembangkang.

Kata beliau, DAP perlu menghormati perjuangan Pas seperti Pas yang sentiasa memahami perjuangan parti tersebut sejak bersama-sama menyertai pakatan pembangkang yang turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kalau nak duduk lama (pakatan pembangkang), mereka kena faham prinsip kerjasama dalam pakatan dan Pas tetap akan terus laksanakan dasar perjuangan kita.

“Jika mereka nak berkawan dengan kita, kita boleh duduk sama-sama. Tapi kalau tak nak, mereka boleh keluar daripada pakatan (pembangkang). Sekiranya mereka tak mahu kita lagi, ramai lagi nak berkawan dengan kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi kata dua kepada DAP dan PKR agar tidak mempersoalkan keputusan Pas melaksanakan hudud kerana tindakan itu merupakan hak orang Islam.

Malah tegasnya, sekiranya DAP dan PKR tidak bersetuju dengan keputusan Pas berhubung perkara itu, pakatan pembangkang boleh terlerai.

Nik Muhammad Zawawi seterusnya berkata, kemelut yang berlaku antara Pas dan DAP ketika ini memperlihatkan kesungguhan DAP untuk menimbulkan masalah sehingga menjejaskan hubungan kedua-dua parti itu.

“Kalau DAP yang bersungguh-sungguh timbulkan masalah (antara Pas dengan DAP), itu tandanya parti itu yang ingin keluar daripada pakatan (pembangkang),” jelasnya.

Ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bahawa jawatan Presiden Pas tidak semestinya dalam kalangan ulama, Nik Muhammad Zawawi menjelaskan, Pas sejak dahulu memperjuangkan Islam dan orang yang paling layak menduduki jawatan nombor satu itu adalah ulama.

“Orang yang paling layak jadi Presiden (Pas) adalah kalangan ulama. Itu kita tak boleh nafi. Dia (Khalid) bukan boleh buat kira (tidak boleh bawa berbincang), dia kena fahamlah dasar Pas yang memperjuangkan Islam dari dulu lagi sampai bila-bila,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau juga meminta semua Pas kawasan di seluruh negara lebih bersikap rasional dan memahami dalam menentukan calon untuk bertanding merebut jawatan tertinggi parti pada muktamar tahunan Pas Jun ini.

Tambahnya, semua Pas kawasan perlu sentiasa memahami konsep parti itu dan keputusan yang dibuat haruslah logik serta munasabah supaya tidak menimbulkan perpecahan dalam Pas.

Utusan

1 comment:

Anonymous said...

alang2 nak halau buat macam ni la...
hoi anjing and dapigs ! berambus kau dari sini............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa