Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, March 16, 2015

TUN M JANGAN CEPAT MELENTING


Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya bersikap terbuka dan sentiasa meneliti setiap maklumat agar tidak mudah terperangkap dengan pandangan satu pihak.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Mohd. Salleh Said Keruak berkata, ini termasuk dalam hal berkaitan tulisan terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, sesuatu pandangan yang dilontarkan perlu dianalisis, ditapis dan dibuat perbandingan dengan pandangan pihak lain.

“Lebih penting, kita perlu sentiasa waspada dan berhati-hati dengan serangan bersifat peribadi. Jangan mudah terperangkap dengan pandangan satu pihak sahaja.

“Seperti diperingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Konvensyen UMNO Kedah semalam, ahli UMNO perlu bersatu dan mengekalkan semangat berpasukan bagi mengekalkan kekuatan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Mohd. Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata demikian dalam blog beliau, http://sskeruak.blogspot.com.

Menurut Salleh, yang rugi di sebalik tulisan Dr. Mahathir berhubung isu 1MDB adalah UMNO sendiri kerana apa yang dilakukan bekas Perdana Menteri itu tidak akan menyelesaikan masalah sokongan ke atas parti.

Sebaliknya kata beliau, perkara itu hanya akan memburukkan lagi keadaan yang mana apabila UMNO menjadi lemah, maka kerajaan boleh menjadi goyah.

“Dalam tulisan terbaharu beliau berhubung isu 1MDB ini, Dr. Mahathir terus mempersoalkan keputusan Kabinet agar Ketua Audit Negara membuat pemeriksaan, sedangkan ia baru bermula.

“Perdana Menteri meminta Ketua Audit Negara untuk menyemak akaun 1MDB kerana mahu ketelusan. Tapi, belum sempat ia melaksanakan tugas itu, Dr. Mahathir awal-awal kritik dan mahu siasatan yang lebih meluas pula. Alasannya, rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB,” jelasnya.

Utusan

1 comment:

zack said...

salam..apa yang ditegur oleh Tun Mahathir perlu kita teliti dengan betul. Bagi saya Ianya tidak merosakkan UMNO atau BN.Teguran Tun adalah tepat..jawapan yang diberikan oleh 1mdb tidak telus dan masih ada lagi pekara2 yang tak dijelaskan. Ketua Audit Negara perlu mengadakan satu audit yang menyeluruh seperti saranan Tun..iaitu forensik audit..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa