Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, March 09, 2015

AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG MERAIKAN PELIWAT DALAM PARLIMEN???



Nama jenayah yang dilakukan, meliwat memang amat amat keji dari segenap sudut. Kalau sudah bersalah melakukan kemungkaran itu apakah wajar orang itu sekalipun masih Ahli Parlimen dibenarkan masuk dan mencemarkan integriti Parlimen.

Namun Ahli Parlimen Pakatan peduli apa. Agenda politik mereka nak tunjuk konon keputusan Jabatan Penjara tidak benarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir sidang Dewan Rakyat mulai Isnin tidak adil jalan terus.

Biasanya pada majlis penting seperti ini semua Ahli Parlimen pakai baju rasmi nombor satu berwana putih.

Pada perasmian sidang Parlimen penggal ini oleh Yang Dipertuan Agong pagi Isnin sebahagian besar mereka muncul dengan gimik memakai pakaian warna hitam sebagai tanda protes.

Namun ada juga beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan yang pakai baju nombor satu.

Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul kata semua Ahli Parlimen parti itu 'digalakan' pakai pakaian hitam.

Anwar kini masih berstatus Ahli Parlimen Permatang Pauh sementara menunggu keputusan permohonan rayuan pengampunan yang dikemukakan oleh keluarganya.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau dah Y D Agung pun mereka tak hormat , maka tak perlulah Agung mengampun DSAI... tiada guna melayan mereka ini yang melanggar undang2...

Anonymous said...

nak pakai baju hitam ke? tak berbaju ke? telanjang ke ? suka hatilah.

Anonymous said...

heran benor aku kenape dapigs sokong sangat dengan peliwat tegar. dulu guan eng beriya benor nak selamat kan gadis dari seorang menteri tapi kali ini dia nak selamatkan peliwat tegar dan nak buarkan mangsa liwat dianiaya. pekong betul si guan eng ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa