Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, March 10, 2015

WAJAH BARU PRESIDEN PAS SUDAH MULA KELIHATAN


PAS kawasan Kota Baharu mencalonkan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan Presiden PAS pada Muktamar Tahunan Ke-61 PAS Pusat, Jun depan.

Yang Dipertua PAS kawasan itu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pencalonan Tuan Ibrahim itu dibuat atas keyakinan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mempertahankan jawatan presiden pada muktamar berkenaan.

Abdul Hadi yang kelihatan uzur lebih layak dilantik sebagai Mursyidul Am PAS kerana tanggungjawab tersebut lebih ringan berbanding jawatan presiden, kata Wan Abdul Rahim pada sidang media di Kota Baharu, Isnin malam.

Wan Abdul Rahim berkata pencalonan Tuan Ibrahim itu dicapai pada Mesyuarat Agung PAS kawasan Kota Baharu, juga Isnin malam.

Ketua PAS kawasan itu, bagaimanapun berkata bagi jawatan lain seperti timbalan presiden dan naib presiden, pihaknya tidak mengemukakan pencalonan bagi mengelak berlaku kontroversi.

Jawatan Mursyidul Am PAS kosong berikutan penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.–BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Seronoklah DAP mempergudakan Pas kalau TI jadi Presiden.Dia ni memang jenis yg sangat bertolak ansur.Ini yg Pasma mahu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa