KETIKA penulis kecil, antara pantang terbesar yang sudah digazetkan keluarga penulis ialah jangan mandi sungai. Tapi seperti mana biasa, lagi disebut pantang, lagilah darah muda menggelegak nak mencuba apa yang sudah dilarang.
Seperti mana biasa juga, bila kantoi, maka terjerit-jeritlah minta ampun, minta maaf dan minta jangan disebat – atau dalam apa yang pernah penulis alami, jangan sebat banyak sangat, sikit-sikit sudahlah.
Moralnya disitu, DAH BUAT SALAH tapi taknak kena sebat (HUKUM), mintalah ampun, mintalah maaf.
Begitulah juga kesnya dalam soal Anwar memohon keampuan dari YDP Agung agar diberikan keampunan dari hukuman penjara yang telah dikenakan ke atasnya kerana kesalahan meliwat Saiful Bukhari.
Permohonan maaf Anwar hari ini dari pemahaman dan pembacaan penulis, adalah satu pernyataan bahawa dia telah MENGAKU melakukan kesalahan liwat tersebut dan mahu MEMINTA keampunan dari YDPA – tidak ada sebab lain.
Bila dah mengaku, (faham-faham kita) ia juga bermakna, Mahkamah sudah menjalankan tugasnya dengan betul apabila menyabitkannya dengan kesalahan liwat, sehingga Anwar mahu minta ampun.
Jelas dah tu, lagi apa nak pusing kononnya Anwar memohon keampunan hari ini kerana kononnya proses undang-undang disalah guna dan sebagainya, tidak wujud perkara seperti itu. Bukankah pengampunan adalah kepada hukuman yang telah dijatuhkan akibat kesalahan itu (meliwat).
Penulis juga menolak dakwaan kononnya PKR sendiri terperanjat dengan permohonan saat akhir keluarga Anwar untuk pengampunan ini. Mengetahui akal pembelit puak-puak ini dan masa yang dipilih untuk mengemukakan permohonan (saat-saat akhir), ini memang modus operandi Anwar yang telah dirancang teliti.
Lebih-lebih lagi, bila bininya elok bergambar ketika mengemukakan petisyen dan sebagainya, menunjukkan pada bila-bila masa dari sekarang, semua ini akan menjadi bahan politik. Penulis tak pasti apakah dia buat masa ini, tapi percayalah sesuatu akan dilakukan – dengan gambar itu dan keseluruhan proses minta ampun ini.
Ini Anwar kita cakap ni, otak pembelit nombor satu.
Apa pun, sekiranya ada penjelasan yang lain daripada di atas, penulis bersedia mendengarnya. Tapi selagi itu berlaku, maka inilah yang patut kita semua faham, orang ini sudah mengaku kesalahan dan minta diampunkan--MYKMU
3 comments:
Akhirnya pengakuan diperolehi.. tiada guna penafian yang dilakukan selama hampir 7 tahun oleh DSAI...
Nak mohon ampun tapi dalam masa yang sama sibuk menuduh sana sini pasal pemerintah!? Jika di ampun maka mereka akan kata 'begini' & kalau sebaliknya mereka akan kata 'begitu'...gitu lah hakikatnya manusia ini, keluarga & penyokongnya
Kpd YDPA saya sebagai rakyat biasa mrnjunjung tuanku. Patik minta jgn diberi ampun supaya rakyat sedar keadilan tuanku tidak memilih pangkat dan kedudukan.
Post a Comment