Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, January 14, 2015

PENANG AKAN KEMBALI KE TANGAN KEDAH TIDAK LAMA LAGI????


Kepimpinan DAP kini semakin berani menzahirkan cita-cita yang selama ini terpendam di dalam pemikiran mereka sejak dahulu. Orang-orang Melayu telah lama sedar tentang semua ini. Tetapi masing-masing tahu pada waktu itu, DAP tidak mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.

Hanya setelah sekumpulan Melayu menjadi buta lalu menawarkan diri dan menjual jiwa mereka dan agama mereka untuk diperhambakan DAP, menjual segala maruah termasuk nama suci Tuhan mereka untuk diinjak-injak secara biadap oleh kepimpinan DAP demi sebuah survival politik, maka bagai Belanda mendapat tanah, mereka kini sedang galak mencabar satu persatu kuasa orang-orang Melayu ke atas tanah ini.

Zairil Khir Johari, seorang politikus muda yang susah untuk ditafsirkan. Berwajah Cina, bernama Melayu dan berpemikiran totok DAP. Baru-baru ini beliau dipetik sebagai menyatakan, sudah sampai masanya Malaysia melalui satu usaha de-sentralisasi .

Ada yang mentafsirkan bahawa apa yang diperkatakannya itu jelas menunjukkan niat Pulau Pinang sedang berusaha untuk mendapatkan kuasa Autonominya sendiri. Beliau menafikannya. Tetapi, apabila membaca isikandungan penulisannya, kita tidak dapat menolak bahawa seluruh penulisannya seolah menuju kepada satu bentuk kesimpulan yang menjadikan kuasa Autonomi untuk Pulau Pinang sebagai puncak apa yang mahu beliau perkatakan.

Negara telah melalui satu pemisahan yang melukakan apabila Singapura, salah sebuah negeri di dalam empayar Melayu, terpisah kerana percaturan politik yang diaturkan oleh penjajahan Bristish ke atas pulau tersebut.

Begitu juga dengan pencapaian moderate kumpulan peguam yang dibentuk Dato’ Farida Ariffin di ICJ sehingga menyebabkan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), walau pun tidak berpenghuni, tetapi tetap melambangkan kedaulatan wilayah yang merupakan sebahagiannya daripada empayar Melayu terlepas kepada Singapura.

Dato’ Farida Ariffin kini sedang cuba menonjolkan dirinya sebagai figura Melayu “prominent” yang melakarkan surat bersama kumpulan Liberal 25 tambah 11 yang mahukan Perdana Menteri dan negara mendengar suara nasihat mereka. Kali terakhir negara memberi kepercayaan kepada Dato’ Farida, kita kehilangan Pulau Batu Puteh.

Berbalik kepada persoalan kedudukan Pulau Pinang di dalam Persekutuan Malaysia, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof pada 1 Disember 2010 pernah menulis dan mengeluarkan kenyataan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah. Ini kerana menurutnya, Pulau Pinang, pada asalnya merupakan sebahagian daripada negeri Kedah yang dipajakkan kepada Francis Light.

Setelah Merdeka pada 1957, seharusnya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor yang dikembalikan kepada Perak, tetapi itu tidak berlaku menurut Datuk Wan Shamsudin.

Menurut Datuk Wan Shamsudin lagi, Kerajaan Persekutuan sehingga hari ini masih lagi membayar wang pajakan bernilai RM 10,000.00 setahun kepada Kesultanan Kedah untuk pajakan Pulau Pinang. Ini menandakan bahawa Pulau Pinang, masih dianggap sebagai sebahagian daripada sejarah negeri Kedah.

Perjanjian yang dibuat pada 1786 dan 1800 mengenai pajakan Pulau Pinang bukanlah sebuah perjanjian yang tidak boleh dimansuhkan atau akan tamat pada suatu tempoh masa tertentu.

Professor Kajian Alam Melayu, A. Murad Merican pada tahun yang sama turut mengemukakan pandangan yang dilihat bersetuju dengan cadangan Datuk Wan Shamsudin.

Kedua mereka dan ramai lagi pihak yang peka mengenai fakta sebenar sejarah telah mencadangkan perkara yang sama. Tetapi, sejak 2010 semenjak cadangan ini dikemukakan, bleum dilihat ada kesungguhan pada mana-mana pihak untuk menjalankan secara serius apa yang telah diperkatakan sebelum ini.

Kini, DAP yang menguasai Pulau Pinang semakin berani menyentuh dan bermain dengan subjek kuasa Autonomi untuk Pulau Pinang. Walaupun Zairil menafikannya, pembacaan ke atas apa yang ditulis dan dicadangkannya itu tidak dapat menafikan bahawa kuasa autonomi negeri masih menjadi subjek utama yang cuba dibicarakan.

Apakah setelah kehilangan Singapura dan Pulau Batu Puteh, kita masih lagi terkial-kial mahu memberikan respons terhadap cadangan dan idea-idea terbaharu ini mengenai masa depan Pulau Pinang pula?

Sesuatu perlu dilakukan segera sebelum semuanya benar-benar terlambat.

2 comments:

Anonymous said...

Yeahhh.....

Padan muka babi penang...

Tanah boleh kembali tp kerakyatan cina penang automatik dibatalkan....

Kene pakai ic merah laaa guan eng....

Unknown said...

Pautan Link Penulisan Asal...

http://www.bangkit.info/2015/01/sebelum-terlewat-kembalikan-pulau.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa