Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, January 05, 2015

AIRASIA SAHKAN PESAWAT ALAMI MASALAH TEKNIKAL


AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ 7633 dari Surabaya ke Bandung yang dijadualkan bertolak pada Sabtu, 9 malam waktu tempatan kembali ke apron atau 'Return to Apron' (RTA) disebabkan masalah teknikal.

Pesawat Airbus A320-200 (PK-AZC) membawa 161 penumpang itu mengalami Auxilliary Power Unit (APU) 'auto shutdown' semasa ditolak ke landasan.

Sehubungan itu, juruterbang pesawat berkenaan telah kembali ke pintu kerana pesawat tersebut perlu menjalani pemeriksaan selanjutnya atas dasar keselamatan.

Ketua Pegawai EksekutifAirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko berkata, juruterbang tersebut telah bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan membuat keputusan kembali ke RTA bagi memastikan keselamatan operasi.

"Semakan lanjut yang lengkap dijalankan oleh pasukan kejuruteraan mengikut SOP.

"Selepas semakan akhir telah siap, pesawat tersebut telah dibenarkan terbang kira-kira sejam kemudian.

"Walaupun dengan liputan yang penuh sensasi, tiada isu keselamatan dan pesawat tersebut selamat mendarat di Bandung," katanya dalam satu kenyataan.

Pihak AirAsia Indonesia turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang timbul ekoran perkara itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui laman mikro Twitternya seolah-olah melahirkan kekecewaan atas laporan yang disifatkan begitu sensasi terhadap syarikat penerbangan tambang murah itu.

"Banyak laporan yang sensasi terhadap AirAsia. Kita diam kerana fokus adalah pada keluarga.

"Satu persatu kebenaran akan muncul dan 'membersih' kita," katanya.

Malah beliau sempat memberikan kata-kata semangat kepada semua stafnya sambil mengingatkan agar mereka kekal cekal serta fokus.

Untuk rekod, Auxiliary Power Unit (APU) adalah satu kelengkapan yang terletak pada bahagian ekor pesawat yang memberi jana kuasa bagi kuasa elektrik dan Sistem Pneumatic semasa pesawat berada di darat sebelum enjin dihidupkan.

APU mempunyai sistem perlindungan yang secara automatik mematikan APU apabila ia mengesan sebarang kekurangan fungsi seperti kelajuan terlebih, tekanan minyak rendah, masalah penapisan minyak, atau minyak terlalu panas bagi memastikan operasi yang selamat.

1 comment:

Anonymous said...

Butoh dia...dulu mengata MAS bagai nak rak..padan muka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa