Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, October 14, 2014

ANWAR IBRAHIM MAKAN RM15 JUTA DUIT RAKYAT SELANOR UNTUK SARA KELUARGA???


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ditempelak kerana hanya mampu berdiam diri tentang dakwaan beliau membuat tuntutan elaun berjumlah RM15 juta ketika berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) berkata, sikap Anwar itu agak menghairankan kerana beliau masih belum membuat sebarang penafian terhadap dakwaan yang dibuat oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI), Faekah Husin.

Menurut beliau, persoalan timbul kerana Anwar lazimnya tidak akan teragak-agak memfailkan saman terhadap sesiapa sahaja yang membuat tuduhan terhadapnya.

“Sebab itulah saya kata, pembangkang bila kena batang hidung sendiri, mereka diam membisu.

“Namun, apabila mencari kesalahan orang lain, merekalah yang akan jadi jaguh sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan rakyat,” katanya ketika membahaskan Bajet 2015 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Anwar sebelum itu tidak mengulas lanjut berhubung isu berkenaan ketika menjawab celahan Noh semasa beliau membahaskan Bajet 2015.

Beliau sebaliknya mengarahkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) memberi penjelasan tentang dakwaan Faekah itu dalam ruangan yang lain.

Faekah ketika mengumumkan penutupan pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada 22 September lalu turut membangkitkan tentang pelbagai fitnah dan kontroversi ditimbulkan antara lain tentang gaji yang diterima oleh Anwar serta peranan dan sama ada sumbangan beliau kepada kerajaan negeri Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.

Walau bagaimanapun, pada 1 Oktober lalu, Mohamed Azmin mengekalkan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekali gus membatalkan keputusan yang dibuat oleh pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Utusan.

2 comments:

Anonymous said...

RM15 Juta tak habis makan oleh cucu cicit. RM15 juta ke atau RM1,500 K? Itu baru jadi punaisihat kerajaan Selangor. Kalau jadi punaisihat kerajaan Malaysia? Jawablah sendiri.......

Anonymous said...

aku tak halalkan walau sesen pun duit aku sebagai rakyat selangor yg kau& keluarga kau makan wahai anwar aljuburi @ ketum.com.my....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa