Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, October 15, 2014

KESAH OKTOBERFEST DI MELAKA


OKTOBERFEST Malaysia - Disokong oleh Kjaan Melaka? (analisa ini dibuat berdasarkan data2 & maklumat yg terhad yg mungkin krg tepat, dan jika ini berlaku, hrp maaf)
Tidak, sememangnya tidak.

Ini jelas melalui 2 kenyataan akhbar dari pej Ketua Menteri yang menafikan telah meluluskan Oktoberfest tsb, malah tiada seabarang permohonan pun diterima utk menganjurkan acara tsb di Jonker Street pada 18 Oktober dpn.

Jadi, bagaimana pulak tu?


Akhbar2 harian ada melaporkannya?

Pada pendapat sy, ianya terjadi akibat dari sedikit salah-faham, laporan yg kurang jelas dgn tidak menjelaskan secara keseluruhan 'pesta' berkenaan.

Apabila Oktoberfest Malaysia 'dilancarkan' oleh pihak Guinness Anchor Berhad, dan menyedari Jonker Street tersenarai antara venuenya, KM kita terus mengeluarkan kenyataan yg ianya akan dipantau demi memastikan org2 Islam tidak terlibat sama. Satu tindakan yang patut dan amat dipuji, cuma dlm laporan di akhbar tsb tidak menyatakan skala 'pesta' tsb, dan ini yg mendatangkan kemarahan anak2 Melaka, yg berpendapat ianya akan diadakan disepanjang jalan Jonker Street, dgn kemeriahan menyamai pesta2 arak di luar negeri.

Sebenarnya, ianya akan (mungkin) diadakan didlm pub2, kelab mlm disepanjang jalan Jonker Street, di tmpt tertutup yg mmg menyediakan minuman arak kpd pengunjung2nya. Oleh itu, tiada permit diperlukan, sbb 'acara' meminum arak itu dilakukan di kaw tertutup. Dan sbb itulah tiada permohona permit diterima, dan tidak pernah diluluskan oleh kjaan negeri. Ini aspek utama yg gagal diperjelaskan kpd khalayak, yg beranggapan pesta arak ini bakal diadakan atas jalanan...

Soal ianya mendapat kerjasama dari Kem Pelancongan, itu perkara lain dan kurang relevan utk rakyat Melaka. Cuma, jika ianya benar, kami berhrp ia tidak akan berlaku lg di masa depan...

Kita semua berbangga dgn keprhatinan rakyat Melaka dlm menolak kemungkaran, akan tetapi kita juga perlu akur arak adalah minuman 'biasa' utk bangsa lain di Malaysia. Kita x prnh melarang mereka minum arak, tp bukannya di khalayak ramai, dgn berpesta di tmpt2 terbuka. Minumlah byk manapun, asalkan bukan ditmpt awam dgn mengambilkira penganut agama Islam selaku penduduk majoriti dan agama Islam sbg agama rasmi negara kita.

Dengan penjelasan (analisa) ringkas ini sy berharap semua anak2 Melaka kini lbh faham duduk perkara sebenar dan sama2 kta ingat-mengingati antara satu dgn lain dalam mencegah kemungkaran dan maksiat di bumi Hang Tuah yg bertuah.

Bertindak dan berfikir secara rasional, tp tegas...tanpa emosi berlebihan semoga kita anak2 Melaka akan sentiasa diberkati dan dilindungi Allah SWT.. Amin...

Dan, akhir sekali, jangan lupa 18 Okt depan, majlis Melaka Berselawat di Std Hang Tuah... sama2 kita meramaikan majlis2 ilmu utk bekalan kita nt... Tk-- SAYA ANAK MELAKA

1 comment:

Anonymous said...

macai...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa