KUALA LUMPUR 26 Ogos - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini disembur dengan air, diludah dan ditampar beberapa kali oleh seorang lelaki ketika sedang melalui tangga utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu turut dilemparkan kata-kata kesat oleh beberapa lagi individu yang datang bersama-sama lelaki tidak dikenali itu yang dikatakan telah menunggu Khalid di lobi beberapa minit sebelum kejadian.
Kumpulan tersebut terus mengekori Khalid hingga ke tempat letak kenderaan dan terus meludah beliau walaupun Khalid telah memasuki keretanya.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang, dua jam selepas khalid didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan pernyataan menghasut berkaitan dengan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan selepas jaminan RM4,000 dibayar oleh rakannya. - UTUSAN ONLINE
Sent from my iPhone
Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju
-
Mat Sabu Semakin Hilang Halatuju Mampukah Kerajaan Perpaduan yang
memerintah sekarang mengekalkan populariti untuk terus berkuasa selepas PRU
16? Atau ...
20 hours ago
1 comment:
MERAPU BETOI HANGPA NI... MANA GAMBAR KHALID GEREJA KENA LEMPANG..??? AKU NAK TENGOK SGT2 NI...!! AKU MMG GERAM DGN KHALID GEREJA..
Post a Comment