Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, August 28, 2014

CINA MARAH PAS KERANA TIDAK SOKONG WAN AZIZAH!!!


AKHBAR China Press bertarikh 25 Ogos 2014 menyiarkan artikel mengenai isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang sehingga kini belum menampakkan jalan penyelesaian.

Artikel bertajuk 'Licik Pas berleluasa' yang ditulis oleh San Sien disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15.

Isu pertukaran Menteri Besar Selangor sehingga kini bercelaru seperti hantu puaka. Kemelut itu berpunca daripada perbuatan pemimpin PKR sendiri.

Bagaimanapun, yang cukup menarik perhatian semua adalah kelicikan Pas untuk mengambil kesempatan daripada kemelut itu.

Jika kita ikut amalan demokrasi, apabila Abdul Khalid tidak mendapat sokongan majoriti mudah ataupun menerima undi tidak percaya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, beliau perlu segera meletakkan jawatan Menteri Besar.

Bukan seperti sekarang apabila beliau terus menyandang jawatan itu dan cuba bermain sembunyi-sembunyi.

Berdasarkan persefahaman yang dicapai di kalangan pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini, sepatutnya calon Menteri Besar ialah daripada PKR, seperti yang telah berlaku di Kelantan dan Pulau Pinang.

Tidak sepatutnya berlaku sebarang perbalahan berhubung persefahaman itu sehingga terjadi ribut dan ombak besar yang menyebabkan tanah rata terbongkar dan terbalik.

Kekecohan itu berpunca daripada tindakan Pas yang menyokong Abdul Khalid sebelum ini sehingga menyebabkan beliau bertegas tidak mahu meletakkan jawatan!

Selepas itu, Pas menukar fikiran untuk tidak menyokong Abdul Khalid. Tetapi parti itu tidak pula beralih menyokong Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sepenuhnya sebaliknya turut menamakan Azmin sebagai calon Menteri Besar.

Segala tindakan Pas ini adalah berpunca daripada pendirian golongan konservatif dalam parti itu yang tidak memberikan sokongan kepada Wan Azizah.

Golongan itu telah mempengaruhi parti berkenaan sehingga menyebabkan ia tidak lagi mengikut amalan demokrasi.

Kelakuan Pas adalah seperti manusia licik yang menyatakan pendirian seolah-olah mereka menyokong demokrasi walaupun di belakang mereka bertindak sebaliknya.

Jika benar parti itu menyokong demokrasi seperti yang didakwa, mereka sudah pasti akan bersetuju Wan Azizah menjadi calon tunggal Menteri Besar dan mengarahkan semua 13 ADUN Pas menyokong Presiden PKR itu.

Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Ini merupakan satu pembohongan secara terang-terangan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Pas.--UM

2 comments:

Anonymous said...

Kepala Otak kau. Siapa yang permainkan demokrasi. Bukankah ADUN PKR berbangsa Cina tiada hujan tiada ribut letak jawatan hanya semata-mata memberi laluan Anwar KETUM untuk bertanding di Kajang.

Hanya untuk menjadi MB Selangor. Selangor lubuk duit Pakatan.

Cina ni patut tahu siapa yang mulakan ribut di Selangor.

Jika nak buat kesimpulan perlu cari puncanya. Jangan kutip fakta di tengah jalan, itu putar belit namanya. Bodoh! lu ingat ini kali boleh bodohkan orang lain. Lu banyak silap.

Anonymous said...

pi mamposlah dgn pig eater...
bg anjing makan lagi bagus...sampai mati haiwan tu ingat jasa kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa