Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, June 25, 2014

PERLUKAH NAJIB MASUKKAN MCA DALAM KABINET???


Sebelum ini telah bermacam-macam spekulasi berlegar-legar di media sosial dan media arus perdana berkenaan rombakan kabinet yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa yang terdekat ini.

Semasa pelancaran KLIA2 Datuk Seri Najib telah memberi bayangan tentang rombakan Kabinet. Dengan berseloroh PM menyatakan hari ini mungkin adalah yang terakhir dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

Selain daripada spekulasi bahawa PM perlu melakukan rombakan kabinet untuk membawa masuk pemimpin daripada MCA dan Gerakan, laporan media sosial juga menjurus kepada pengunduran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet. Namun berita ini telah dinafikan oleh Datuk Seri Najib . 

Beliau menegaskan ia hanyalah ‘rekaan politik’ pihak tertentu. Laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.

Pihak pakatan pembangkang cuba merosakkan hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara Datuk Seri Najib dengan Tan Sri Muhyiddin. Kemungkinan pembangkang mengharapkan TPM akan bersikap rakus seperti Anwar semasa menjadi TPM yang menyusun strategi dengan gopoh untuk mencantas Tun Mahathir dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Tan Sri Muhyiddin juga turut menegaskan bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selagi khidmatnya diperlukan dan memberitahu setakat ini tidak ada apa-apa perkara dibangkitkan berhubung kedudukannya itu.

Kini kita hanya mempersoalkan rombakan kabinet yang terpaksa dibuat ekoran dari tindakan MCA menarik diri dan kemudiannya mahu kembali dalam kabinet. Tindakan MCA ini disifatkan sebagai membebankan Perdana Menteri. Tambahan pula beberapa ahli MCA dengan agak bongkak mahukan jawatan Kabinet lebih banyak untuk parti itu.

MCA seolah-olah lupa kepada prestasi mereka yang terlalu buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini. Mereka lupa bahawa prestasi buruk itu disumbangkan sendiri oleh ahli MCA yang berpaling tadah mengundi DAP.

Kini sebenarnya kita mempersoalkan kesetiaan MCA terhadap Barisan Nasional. Mereka perlu membuktikan bahawa mereka mampu menyumbang untuk melayakkan mereka berada di dalam kabinet dan Barisan Nasional. Adakah rombakan kabinet ini berbaloi? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

3 comments:

Anonymous said...

SEtakat jawatan Timbalan Menetri boleh rakyat dan ahli umno pertimbangkan kiranya Najib masih mahu memebrikan kepada MCA.

Kepada MCA adalah lebih baik jangan terima sebarang jaatan kerana buat masa ini kaum cina sudah tidak nampak MCA lagi sebagai sebuah parti yang boleh mencapaikan hasraat mereka memerintah negara ini. Kepada kaum cina cuba lah ... dapatkan atau kiranya nya kamu boleh balik ke negara nenek moyang kamu jika tidak suka lagi dengan negara yang diperintah oleh kaum melayu yang ujud sejak asal yang diperakui oleh para sejarahwan seluruh dunia

Anonymous said...

Andai muhyidin diturunkan..
Dan diganti dgn bapok auuwww tu..
X apa la dah yg kita boleh hrp..

Life must go on..
Politik ? UMNO ?
biarlahhhhh... x guna dah

Mat Kelubi said...

xde masalah klu nk rombak kabinet hanya utk memenuhi nafsu MCA n Gerakan..bagi satu jawatan dah la..jawatan yg menteri/tim.menteri umno pegang tu jangan la dikurangkan.kena ingat BN menang atas sokongan melayu dan bumiputra

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa