Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, June 24, 2014

ISU KALIMAH ALLAH:UMAT ISLAM MASIH KALAH!!!


Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan untuk menolak rayuan The Herald, sebuah penerbitan berkala Katholik yang mahu menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan berbahasa Melayu mereka. 

Pelbagai alasan diberikan oleh The Herald dan Majlis Gereja Katholik serta DAP yang menjadi dalang sebenar isu ini. Namun akhirnya daripada 7 orang hakim yang menjadi panel, 4 orang daripada mereka menolak rayuan The Herald, manakala 3 lagi membenarkannya.

Ramai orang Islam yang bersorak, kononnya mereka telah menang!

Memang benar, sekali imbas, kelihatan Islam sudah menang dalam isu ini. Namun hakikatnya, semua orang tahu, Islam dan umatnya di Malaysia semakin kecundang dan semakin ketinggalan dalam pelbagai bidang. Mereka bukan sahaja gagal menggunakan undang-undang sedia ada, sebaliknya sentiasa tercangak-cangak apabila dibuli oleh bukan Islam, biarpun di dalam Perlembagaan Persekutuan, keistimewaan untuk umat Islam telah dimaktubkan semenjak negara belum merdeka lagi.

Dari semasa ke semasa, Islam terus dipermain-mainkan dan dihina. Media-media sosial menjadi saksi bagaimana ALLAH, Nabi Muhammad, amalan dan ibadah Islam, Islam dan umat Islam menjadi bahan cacian dan keji-maki golongan terbabit. Umat Islam seringkali digambarkan sebagai kaum gasar yang tidak bertamadun serta terlalu mengikut emosi. Malah umat Islam dikatakan, terlalu bergantung kepada kaum lain dengan umat Islam sendiri sedia menjadi macai serta barua mereka.

Ini jelas menerusi kerjasama-kerjasama politik yang ditunjukkan oleh umat Islam tanpa mengira parti. Dalam keadaan apa sekalipun, umat Islam sentiasa diminta untuk bertoleransi, sentiasa mengalah dan sentiasa akur dengan kehendak serta desakan kaum bukan Islam, sekalipun pada masa yang sama, mereka harus mengorbankan kepentingan mereka sendiri.

ASSOBIYYAH dimomok-momokkan. Pengertian sebenar ASSOBIYYAH diputarbelitkan dan dijadikan sebagai senjata untuk memenangkan kaum kafir yang mahu memusnahkan Islam dan umat Islam. Orang Islam cuba diajar agar tidak melawan dan mempertahankan kepentingan mereka kerana ia akan dianggap sebagai ASSOBIYYAH oleh mereka yang kelihatan seperti orang Islam. Manakala kaum kafir pula menggunakan istilah RASIS untuk tujuan yang sama.

Justeru kegembiraan melampau umat Islam di atas ‘kemenangan’ yang sebenarnya tidaklah seberapa, sebaliknya permulaan kepada peperangan yang lebih besar, hanya akan merugikan umat Islam sendiri. Sepatutnya ‘kemenangan kecil’ ini digunakan oleh umat Islam untuk memulakan langkah yang lebih besar bagi memartabatkan dan memperkasakan kedudukan umat Islam di negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya.

Puak-puak berkenaan tidak akan berputus asa untuk memperolehi apa yang mereka hajatnya. Kalau Allah Taala sendiri telah menyatakan perkara ini di dalam al Quran, tidak ada sebarang jaminan daripada makhluk yang larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh Mahkamah Persekutuan akan dipatuhi. Kalaupun mereka tidak melakukan secara terang-terangan, mereka pasti akan melakukannya dengan cara yang lain, seperti mana yang berlaku di Paya Terubung, Pulau Pinang apabila mereka menyerang surau dan meminta agar laungan azan dihentikan terutama pada waktu subuh kerana azan membingitkan telinga mereka!

Itu belum lagi dalam bab ekonomi apabila mereka yang menguasai sektor berkenaan, sudah mula menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan bagi membalas dendam terhadap kekalahan di Mahkamah Persekutuan hari ini.

3 comments:

berasiam said...

orang Islam di Malaysia dahagakan seorang pemimpin yang benar-benar berani menegakkan kebenaran. PAS dan UMNO sebagai wadah siasah tidak menawarkan kepemimpinan yang sedemikian buat masa sekarang. penekanan kepada kuasa politik semata-mata oleh PAS khususnya, hingga menyanggupi kerjasama dengan DAP adalah amat dikesali. walau apapun hujah yang diketengahkan, cubaan untuk menjatuhkan kerajaan yang didominasi oleh orang Islam melalui UMNO melalui kerjasama sedemikian tidak boleh diterima sama sekali. UMNO yang masih diizinkan memegang tampuk pemerintahan kerajaan pula tidak memiliki pemimpin berkaliti yang berani untuk menempatkan Islam pada kedudukan yang sepatutnya. dalam masa yang sama, bidang ekonomi terus diabaikan dan kekal dalam penguasaan orang bukan Islam dalam segala aspek dan tahap. teladan Rasulullah saw yang berjaua menguasai ekonomi Madinah daripada dominasi orang Yahudi dalam tempoh beberapa tahun selepas Hijrah tidak digunapakai oleh orang Islam di Malaysia. orang Islam di Malaysia tidak berminat untuk mengambil bahagian yang aktif dalam ekonomi dan lebih selesa sebagai pembeli semata-mata. semoga episod kalimah Allah ini akan membuka mata dan hati sebahagian umat Islam di Malaysia untuk berubah pemikiran dan tindakan. bayangkan sekiranya kerajaan dikuasai oleh pihak lain ketika kes ini dibicarakan............

Anonymous said...

Selagi Najib tidak letak jawatan,selagi itulah kita umat islam dan bangsa melayu akan sentiasa dihina oleh kaum lain dibumi sendiri. Setiap hari ada saja hinaan yang dibuat dan Najib buat tak tau aje.Sebab apa?Sebab bagi Najib undi bukan Melayu amat penting bagi dia kekal kuasa dan dia sanggup gadaikan maruah bangsa dan agama asalkan dapat undi bukan melayu.Dia hanya pentingkan diri sendiri dan isterinya yang gemuk itu yang sedang mengumpul kekayaan di luar jangkaan. Percayalah negara kita akan hancur begitu saja kerana Najib.

Pakdoor Awe said...

Sememangnya ini hanya merupakan satu permulaan kepada satu konfrontasi yang akan memakan masa lama, diilham dan dirancang sebagai satu konspirasi yang amat halus oleh jiwa-jiwa korup musuh keamanan negara.

Konspirasi ini mensasarkan GenY, kaum liberal terutama dari umat Islam. Musuh Islam DAP & kuncu-kuncu serta mentornya sudah dapat mengira dengan rakus segala keuntungan yang akan mereka perolehi 20 tahun akan datang. Serangan pertama ini mendedahkan segala kelemahan yang ada dipehak berkuasa Islam dan memberi profile baharu kepada kumpulan penyokong, symphathizer mereka, termasuk juga mush dlm selimut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa