Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, June 05, 2014

CADBURY - MELAYU ISLAM MASUK PERANGKAP DAP KOMUNIS!!!


Kemelut coklat cadbury bermula apabila tersebar foto 2 dokumen makmal kementerian kesihatan yang mengesahkan 2 produk coklat cadbury iaitu coklat kacang hazel batch pengeluaran 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat kacang almond batch pengeluaran 221013N01RI1 bertarikh luput 15 Jan 2015 di katakan mengandungi lemak porcine iaitu lemak babi.

Ianya kemudian disahkan oleh ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut mengesahkan 3 sampel telah di uji KKM dan sampel ke 3 coklat cadbury tanpa kacang bebas dari porcine.

Persoalan yang timbul ialah :

- Kalau betul cadbury menggunakan lemak porcine dalam sebatian coklatnya sebagai pengawet kenapa sampel ke 3 iaitu coklat tanpa kacang di kesan tiada mengandungi porcine?. Adakah porcine tersebut datang dari kacang hazel dan almond? Sudah tentu tidak, kerana porcine adalah salah satu sebatian dalam coklat.

Disinilah dapat di lihat agenda tersirat di sebalik kemelut cadbury ini.

Mungkinkah ada pihak2 tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut di hasilkan.

Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah syarikat milik Melayu di mana pemegang2 saham terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Felda. Ianya juga di uruskan oleh ramai pekerja2 melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah ke pengeluaran.

Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam menyerang produk keluaran bangsa mereka sendiri. Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap dalam permainan ini. Kedua dua NGO ini yang sebelum in begitu lantang mengajak kita memboikot produk kaum Cina kini menyerang syarikat milik Bumiputra. Setelah berjaya melaga2kan Melayu di pentas politik kita fasa seterusnya ialah melaga2kan kita di pentas ekonomi pula.

Dan nampaknya seperti sebelum ini misi mereka berjaya. Kita
terus bertelagah sesama kita saling tunding menunding. Retak yang tiada siapa peduli kini menanti masa bila2 sahaja akan terbelah.

Benarlah pesanan nenek moyang kita dahulu :
" Menang sorak kampung tergadai"

2 comments:

Anonymous said...

Aku TAK setuju dgn. cadangan KP KKM ni - nak letakkan SEMUA makmal utk analisis HALAL dan perubatan Islam, di bawah SATU agensi; adakah ini bermakna agensi ini, akan di bawah Kem. Kesihatan, yg. Menterinya pun Bukan Islam - entah esok pula bawah "World Health Org" (WHO) kat PBB yg. memang dikuasai Barat-ZIONIS! Kalu ini betul, bermakna JAKIM akan dpt. diKUASAI Kem. Kesihatan; disyaki ini juga salah satu tujuan Cadbury in disyaki di SABOTAJ Kem. Kesihatan!

Dan memang seluruh umat Islam global mahu diKURANGkan melalui pelbagai cara oleh si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS yg. berterusan di samping merompak kekayaan minyak-gas Dunia Islam - spt. yg. disyaki oleh Dr. Kevin Barrett, termasuk melalui wabak penyakit terbaru yg. sungguh GANJIL, yg. sedang melanda Dunia Arab, terutamanya mungkin juga mensasarkan JEMAAH HAJI yg. BERJUTA - disyaki didalangi ZIONIS-Israel dan sekutu mereka (lihat di http://www.presstv.ir/detail/2014/05/05/361346/bioweapons-could-lead-to-apocalypse/ , Bio-weapons could lead to ‘apocalypse’, By Dr. Kevin Barrett, May 5, 2014; dan di http://www.nst.com.my/latest/mers-cases-reach-more-than-400-more-than-100-dead-1.588584 , MERS cases reach more re than 400, more than 100 dead, 06 May 2014)! Tengok kes Mers yg. terbaru di UAE yg. anti-ZIONIS - di http://www.presstv.ir/detail/2014/06/04/365572/mers-death-toll-in-uae-hits-10/ , MERS death toll in UAE hits 10: Health Ministry!

Sepatutnya JAKIM tubuhkan MAKMAL ISLAM sendiri - dan hanya pekerja/saintis ISLAM dr. Dunia Islam (yg. mesti disiasat dgn. teliti latarbelakang mereka supaya jgn. ada PENYAMAQ)!

Lihat di - http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140605/dn_27/KP-Kesihatan-jelas-isu-coklat-Cadbury , KP Kesihatan jelas isu coklat Cadbury:

Wujud juga desakan agar pihak kementerian menjelaskan bagaimana DNA babi boleh wujud dalam sampel yang diuji sedangkan ujian yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan tiada DNA babi dalam sampel coklat itu yang diambil dari kilang. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjawab segala persoalan itu dalam satu temubual dengan wartawan MUZDALIFAH MUSTAPHA semalam. Ikuti sedutan temubual itu....

....Tiga perkara perlu dilihat semula bagi melancarkan semua aktiviti dalam mana-mana kementerian dan agensi.

Pertama, menyelaraskan semua makmal di bawah satu agensi yang sama dengan menggunakan satu sistem standard sahaja termasuk untuk jabatan kimia supaya mengikut satu piawaian sahaja. Kedua, kementerian akan meningkatkan kerjasama dengan Jakim yang bukan sahaja soal status halal dan haram bahkan vaksin, ubat-ubatan, organ transplan dan perkara berkaitan Islam. Dan ketiga, semua kenyataan yang berunsurkan perkara sensitif seperti ‘babi' perlu mempunyai sistem ‘coding' supaya mengelakkan berlakunya kebocoran maklumat....

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

siapa nak makan silakan....bagi aku selagi jakim bergantung sepenuh kepada makmal tersebut....aku tak dapat meletak kepercayaan...ini soal halal haram....jika jakim mendapat khidmat kepada lebih banyak makmal yg dikendalikan org islam baru boleh mempercayai...sebab kisahnya...ujian makmal tidak dikesan sedang ikan mati berapongan dalam kolam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa