1.Pemerintahan Dinasti Keluarga
TiDAk pernah berlaku dalam sejarah negara, sesebuah parti politik dikuasai oleh keluarga terdiri daripada Ketua Umum adalah si suami, Presiden parti adalah isterinya dan Naib Presiden pula turut disertai oleh anak perempuan. Sebelum ini tidak pernah ada jawatan ketua umum dalam mana-mana sistem parti demokratik di dunia yang tidak melalui proses pemilihan dalaman parti.
Kini PKR sekali lagi mencipta sejarah politik dunia apabila terdapatnya pertembungan antara suami dan isteri dalam merebut jawatan Presiden Parti PKR. Situasi politik keluarga sebegini tidak perlu berlaku dalam mana-mana sistem demokrasi mahupun komunis, beraja, tentera ataupun kerajaan yang bersifat autokratik.
Jika kita imbas sejarah sistem beraja India dan China maka kita akan mengetahui isteri tidak langsung akan memiliki sebarang kedudukan dalam sistem pentadbiran negara, dan anak maharaja hanya akan diberikan takhta setelah maharaja tersebut mangkat. Sistem ketenteraan di Burma dan Korea Utara juga tidak pernah memiliki ciri-ciri pentadbiran seperti yang terdapat dalam PKR. Peliknya, parti ini merupakan antara yang paling lantang di Malaysia menggunakan nama demokrasi sebagai perjuangan mereka. Adakah PKR masih layak lagi untuk menyebut dan memperjuangkan politik anti nepotisme? Mereka perlu terlebih dahulu cermin diri dan ukur baju sendiri.
2. Percaturan Politik Pecah dan Perintah Oleh Dinasti Keluarga
Kita akan mendapati ketiga-tiga calon utama yang merebut jawatan Timbalan Presiden PKR memilki restu dan sokongan daripada ahli keluarga yang berbeza. Azmin Ali dilihat mendapat sokongan Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim dipercayai mendapat sokongan daripada Wan Azizah dan Saifuddin Nasution pula mendapat sokongan daripada Nurul Izzah. Dalam pertembungan ini sesiapa sahaja yang menang atau ditewaskan dalam pemilihan PKR maka dinasti keluarga ini tetap akan menjadi pemenangnya. Percaturan secara halus ini akan memastikan sistem pentadbiran dinasti keluarga ini akan kekal berkuasa.
3. Pemilihan Dalaman Parti Paling Kotor Dalam Sejarah Politik Negara
Dalam pemilihan parti PKR yang lepas terdapat sebanyak 160 aduan rasmi daripada ahli dan pemimpin PKR sendiri. Namun begitu, sehingga hari ini iaitu hampir lima tahun berlalu namun tiada sebarang hasil dan susulan terhadap 160 aduan tersebut. Ketika PKR sibuk memainkan isu blackout, pengundi Bangladesh dan kononnya Barisan Nasional menipu dalam pilihan raya maka mereka seharusnya menilai sistem pemilihan parti mereka terlebih dahulu. Perhimpunan Bersih pula bersifat pilih kasih dan hanya memilih SPR sebagai mangsa politik mereka dan tidak pernah sesekali menyoal sistem demoraksi PKR yang menerima banyak aduan semasa pemilihan parti. Bukankah selepas ini kita sepatutnya mengadakan himpunan Bersih dan berdemonstrasi besar-besaran di pejabat PKR demi erti demokrasi yang sebenar?
4. Sekatan Kebebasan Bersuara dan Media
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) Datuk Johari Abdul berkata setiap calon mesti menuruti tujuh garis panduan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa itu.Antara garis panduan yang ditekankan oleh Johari termasuklah larangan penggunaan media ataupun penghebahan kepada umum untuk menyuarakan ketidakpuasan hati dengan pemilihan parti kali ini. Sebarang perselisihan dalam parti boleh beritahu kita. Tak perlu dihebah pada media atau kepada umum. Pergi kepada media kadang-kadang tak membantu perkembangan parti. Kita adalah badan bebas sekarang dan kita akan ambil tindakan," tegas Johari.
PENGAWAL PERIBADI ANWAR IBRAHIM MENGACUKAN PISTOL KE ARAH ORANG AWAM DI MELAKA |
Pemilihan parti MIC, Gerakan, MCA dan UMNO telah pun berlangsung dan setakat ini masih belum ada sebarang perintah dan larangan kepada ahli atau calon untuk menyekat mereka daripada menggunakan media bagi menyuarakan pendapat. Sekiranya kita mengambil alasan Johari bahawa penghebahan kepada media tidak akan membantu perkembangan parti maka mengapa segala isu politik yang melanda negara ini dihebahkan oleh pakatan pembangkang kepada dunia luar?
Adakah rakyat Malaysia masih ingat bagaimana penyokong pakatan pembangkang dicaturkan untuk menghantar petisyen kepada White House dalam isu fitnah Blackout dan pengundi Bangladesh? Adakah dalam perjuangan PKR, imej dan perkembangan parti mereka perlu dijaga dengan baik tetapi apabila melibatkan imej dan maruah negara Malaysia, mereka pada bila-bila masa boleh bertindak mencerca hingga menjejaskan nama dan kedaulatannya? Fikirkanlah di mana Anwar dan ahli keluarganya meletakkan nama dan maruah negara selama ini tanpa perlu bimbang sebarang kenyataan atau cercaannya itu akan hanya memburukkan imej kita, negara dan warganya. Namun mereka cuba pula menjadi juara masyarakat sebagai jaguh kebebasan bersuara dan demokrasi. Mungkin beliau perlu cermin diri dan mengakui pepatah, mengata orang, dia yang lebih sangat tepat terkena pada batang hidungnya.
1 comment:
Mengata dulang paku serpih mengata org dia yg buat lebih, ckp x serupa bikin, buta ke matahati rakyat yg taksub kat org mcm ni
Post a Comment