Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, March 28, 2014

ANWAR IBRAHIM TEMUI JAM OMEGANYA YANG HILANG!!!


Dalam keghairahan Anwar berkempen di Balingian, beliau telah mempolitikkan isu MH370. Semua lapisan rakyat mendoakan agar MH370 dapat dijumpai secepat mungkin dan akhirnya dapat memberi kelegaan kepada keluarga mangsa yang masih tertanya-tanya akan nasib yang menimpa keluarga mereka. 

Namun bagi Anwar dan pakatan pembangkang mereka hanya pentingkan agenda peribadi yang cenderung kepada memburukkan dan menghasut rakyat bencikan kerajaan.

Anwar Ibrahim cuba menghasut dengan menggunakan fakta bahawa sistem radar Malaysia  berupaya mengesan penerbangan kapalterbang  dari Semenanjung Malaysia hingga ke Lautan Hindi. Kononnya negara terlalu lewat bertindak terhadap krisis MH370 dengan menyembunyikan fakta. 

Anwar mendakwa bahawa semasa beliau menjadi Menteri Kewangan,  negara telah membuat pembelian Sistem Radar Marconi. Kononnya sistem tersebut sepatutnya boleh mengesan pergerakan kapalterbang  apabila ia membuat pusingan  yang tersasar daripada laluan asal ke Beijing.

Pada 13 April 2000,  New Straits Times telah melaporkan bahawa sebuah syarikat Itali iaitu Alenia-Marconi Systems telah diberikan kontrak pada tahun1994 untuk membekalkan primary dan secondary radar kepada Malaysia’s Department of Civil Aviation (DCA). 

Pada waktu itu negara mempunyai 5 radar primary dan 7 radar secondary di Kuching, Kota Kinabalu, Johor, Subang, Langkawi , Labuan and Sepang Airports.

Anwar yang cukup licik telah menyalahkan kerajaan Malaysia sepenuhnya. Sikap beliau yang telah banyak kali memburukkan dan menfitnah negara telah dengan rasmi nya meletakkan diri beliau sebagai pengkhianat negara.  Fitnah demi fitnah yang telah ditabur oleh Anwar dalam media antarabangsa amat tidak boleh diterima. Maka kita menyeru kerajaan mengambil langkah menyaman Anwar terhadap segala fitnah jahat berterusan yang merupakan “CARA ANWAR IBRAHIM”.

Apa yang Anwar tidak tahu bahawa wujudnya  dua jenis radar iaitu  radar utama atau Primary radar yang dikendalikan pihak tentera dan radar Sekunder, yang dikendalikan Jabatan Penerbangan Awam. 

Berikut penjelasan penganalisis kejuruteraan penerbangan, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Pesawat itu hilang daripada radar berkemungkinan pesawat itu terbang rendah pada paras bawah 500 kaki dari aras laut. 

Ada dua jenis radar yang digunakan iaitu radar pengawasan utama dan radar pengawasan sekunder.

Radar pengawasan utama mengukur hanya jangkauan dan arah kompas dengan mengesan isyarat kelip pada skrin. Radar pengawasan sekunder pula sebaliknya tidak hanya mengesan maklumat yang sama tetapi boleh mengesan maklumat lain seperti paras ketinggian penerbangan dan identiti pesawat. Biarpun terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik, kedudukan pesawat itu masih boleh dikesan sekiranya ia terhempas kerana dilengkapi dengan sistem lampu suar tanda lokasi (emergency locator beacon) yang akan mengeluarkan isyarat apabila terhempas.

Tambahan pula Amerika Syarikat (AS) juga percaya penutupan dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berlaku secara berasingan, memberi petunjuk ia adalah tindakan yang disengajakan, lapor ABC News. 

Mereka percaya sistem laporan data ditutup pada 1.07 pagi sementara transponder dipadamkan pada 1.21 pagi pada Sabtu, ketika pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang daripada skrin radar. Ini menunjukkan ia mungkin tindakan yang disengajakan. 

Transponder itu adalah peralatan yang menyampaikan lokasi dan altitud. Ia  bukan kemalangan atau kerosakan, yang menyebabkan pesawat itu hilang dari langit.

Dalam keadaan kerajaan mendapat bantuan dari seluruh dunia dari segi maklumat dan bantuan aset pencarian MH370, Anwar masih sangka beliau lebih bijak dan cekap dari semua orang di seluruh dunia dalam menangani isu kehilangan MH370.  

Hakikatnya beliau bersama Wan Azizah sendiri tidak mampu menangani isu kehilangan jam omega yang pernah dituduh oleh pihak tertentu ditinggalkan dibilik semasa adengan terlarang. Sampai ke hari ini jam omega masih lagi “missing in action”. 

Namun seperti biasa manusia munafik seperti Anwar Ibrahim masih mendabik dada seolah-olah beliau lebih layak menangani pencarian MH370 sedangkan pencarian jam omega pun gagal.

1 comment:

Anonymous said...

Dia ni mmg sial dan pembawa sial kepada Malaysia..muka jenis tak tahu malu..

Pastikan di mana sahaja di berada, sambut kedatangannya dengan kibaran bendera 'seluar dalam warna putih' .. yakinlah hanya dengan lambang itu dia jiwa sangat tertekan dan pastikan beliau terus ditekan sehingga dia mampossss

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa