Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, February 17, 2014

MASJID DIBALING DAGING BABI

alt

BUKIT MERTAJAM 17 Feb - Daging, dipercayai babi, dilapor dilempar ke perkarangan Masjid Cherok Tokun, Machang Bubuk, Pulau Pinang semalam.

Ketua CID  Mazlan Kesah berkata, suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.

Saksi Saad Arop, 78, berkata, beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh.

“Beliau membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan insiden itu dan mengesyaki ia daging babi,” kata Mazlan melalui SMS jawapan berkaitan insiden itu.

Perkara itu pertama kali berlaku di masjid itu.

alt

Polis percaya berdasarkan ciri-ciri daging tersebut adalah daging babi.

"Setakat ini kita belum tahu motif dia lagi, kita pun tak tahu suspek terlibat. 

"Daging ni nanti kita akan sahkan dengan Jabatan Veterinar di Pulau Pinang untuk mengesahkan samada daging ini, adakah betul-betul daging khinzir atau pun bukan," katanya.

Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berkaitan mencemarkan rumah ibadat dengan niat menghina.

Saad membuat laporan polis di Machang Bubuk pada 7.19 pagi.

Mazlan berkata, tiada rakaman CCTV di kawasan itu dan paling dekat beberapa meter daripada rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.--RAKYATNEWS

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa