Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, February 17, 2014

AHMAD MASLAN CALON BN DI PRK KAJANG???


Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) diharap dapat membuat keputusan segera sama ada akan bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, keputusan perlu dibuat untuk memudahkan perancangan gerak kerja jentera parti memandangkan setakat ini ahli akar umbi masih tertanya-tanya.

"Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati.

"Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Batu 10 dan mengunjungi rumah beberapa penduduk di sini hari ini.

Dalam program tersebut, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO diiringi Pengerusi MCA Hulu Langat, Lee Ban Seng; Ketua Wanita UMNO Hulu Langat, Azizah Saadin; Ketua Pemuda bahagian, Mohd. Halim Wahab dan Ketua Puteri bahagian, Helmi Fadilah Abd. Halim.

Beliau turut menyerahkan bantuan peribadi dan daripada UMNO Hulu Langat kepada beberapa penduduk yang mengalami masalah di Kampung Batu 10, Taman Shah Jaya dan Taman Damai Jaya.

Mengulas pendapat beberapa pihak yang meminta BN tidak bertanding dalam PRK DUN Kajang, Ahmad berkata, tindakan sedemikian adalah langkah pengecut malah memberi gambaran parti itu telah kalah sebelum berjuang.

"BN hanya memerlukan 3,500 undi baharu untuk memenangi kerusi ini malah kita pernah menang di sini. Jadi, kita tiada pilihan lain kecuali turut serta dalam pilihan raya kecil.

"Jangan kalah sebelum berjuang, saya sendiri sudah tujuh kali datang ke kawasan ini dan melihat sambutan yang menggalakkan selain jentera parti sendiri yang penuh semangat," tegasnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa