Kita menentang Kristian di Malaysia ini guna kalimah Allah kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk uluhiyyah, iaitu dalam bentuk iktiqad atau akidah yang syirik dan kufur! Iaitu mereka mengatakan Allah itu Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga-Dalam-Satu, Allah Bapak, Allah Anak dan Allah Roh Kudus. Mereka telah, sama ada dengan sengaja atau tidak, telah menyalahgunakan kalimah Allah!
Mari kita lihat bagaimana contoh-contoh kalimah Allah yang disalahgunakan untuk membawa maksud yang mensyirikkan, bahawa kalimah Allah itu adalah Allah-Hus-Salis, Allah Triniti - Tuhan Tiga Dalam Satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Kudus.
a) Disebut dalam terjemahan Bible Al Kitab (ms 197 ayat 25-27) “Akulah yang memberi hidup dan membangkitkan orang mati", kata Yesus kepada Marta. “Orang yang percaya kepada Ku akan hidup, walaupun ia sudah mati. Dan orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya tidak akan mati. Percayakah engkau akan hal itu. “Tuhan," jawab Marta, “saya percaya Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang ke dunia ini".
b) Disebut alam terjemahan Al Kitab (ms 379 ayat 9) “jika Peti Perjanjian itu dibawa kearah negerinya sendiri, iaitu Bet-Semes, itu bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah mendatangkan celaka yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju ke sana, kita akan tahu bahawa musibah itu bukan dari Allah Israel, melainkan kebetulan saja";
TERUS BACA >>>DI SINI<<<
3 comments:
Utk pengetahuan Jiwa Paradox, memang ada sebab mengapa kita harus menentang kafir menggunakan kalimah ALLAH. Tapi berani tak Jiwa Paradox mengusulkan kemuskilan saya dan mungkin ramai lagi terhadap kerajaan UMNO mengapa pengharaman kalimah ALLAH ini terpilah kepada kafir2 yg difikirkan oleh Jembalang2 pemimpin UMNO tiada keuntungan politik kpd mereka? Kenapa kafir Sabah & Sarawak boleh pulak menggunakan kalimah ALLAH tetapi tidak kafir Semenanjung? Kalau wajib halang, halanglah semua kafir di Msia ni.
Tak kan nk biar merebak kesemenanjung
Tak kan nk biar merebak kesemenanjung
Post a Comment