Pengundi Sungai Limau akan menentukan kemajuan masa depan kawasan itu pada 4 November ini.
Selama dikuasai wakil rakyat pembangkang kawasan itu ketinggalan dalam banyak perkara terutama pembangunan, infrastruktur dan kemudahan awam terutama institusi kewangan yang amat diperlulan penduduk tempatan.
Merujuk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, pengundi yang memihak kepada parti PAS di kawasan itu kini sudah mula menunjukkan sikap untuk ‘berhijrah’ kearah Barisan Nasional (BN).
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pengundi sudah mula membuat keputusan siapa yang akan dipilih pada hari mengundi nanti.
Ahmad Bashah menganggap kuasa yang ada pada pengundi di DUN Sungai Limau amat besar ertinya sekarang dan mereka perlu diberitahu supaya jangan salah guna kuasa yang ada untuk menentukan masa depan.
Beliau yang ditemui di Sungai Limau tidak hairan dengan sikap pembangkang yang membawa cerita fitnah dan adu domba tetapi pengundi perlu diberi penjelasan tentang isu-isu yang dibangkitkan.
Ahmad Bashah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Loperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, soal adu domba yang dibawa oleh pembangkang di negeri itu terutama musim PTK adalah biasa.
“Penyokong mereka yang datang dari luar Kedah sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya berlaku di Sungai Limau selama lebih 20 tahun, ketinggalan pembangunan, titi yang tidak diperbaiki, sistem perparitan yang tidak terurus dan jalan kampung yang sempit,” jelas beliau.
Beliau mahu persepsi yang mengatakan Sungai Limau adalah kubu PAS dibuktikan ianya tidak benar.
Ahmad Bashah mahu pengundi membuat perbandingan pembangunan di kawasan DUN Guar Cempedak dan Gurun yang diwakili BN telah menerima kemajuan dan kemudahan asas yang semakin baik.
“Kita mahu DUN Sungai Limau dipesatkan pembangunannya setaraf dua DUN tersebut yang berada dalam kawasan Parlimen Jerai,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment