Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, October 23, 2013

SATU LAWAN SATU DI PRK SG. LIMAU






YAN 23 Okt - Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dan calon Pas, Mohd. Azam Samat.

Dr. Ahmad Sohaimi yang diiringi Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.04.

Sementara Mohd. Azam yang diiringi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyerahkan borang pada pukul 9.05 pagi.

Borang diserahkan kepada pengurus pilihan raya, Abdul Rashid Othman yang juga Pegawai Daerah Yan.

Beliau berpuas hati dan tiada kertas pencalonan ditolak.

Lebih 5,000 penyokong dari kedua-dua parti hadir bagi memberi sokongan kepada calon yang bertanding.

Sepanjang tempoh penyerahan borang pencalonan tiada kejadian tidak diingini berlaku.-UTUSAN ONLINE

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa