Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, October 22, 2013

KHALID IBRAHIM TAK LAYAN ANWAR IBRAHIM!!!


Oleh Nur Azlina Shaari

Teguran dan kritikan yang diterima Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung cara beliau memimpin negeri Selangor tidak membuatkan Khalid berasa susah hati walaupun kritikan itu datangnya dari Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas Anwar mengkritik Khalid supaya jangan lagi berbangga dengan simpanan rizab tinggi kerajaan Negeri yang ada, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pula mengambil tempat, mencurahkan lagi minyak ke dalam api apabila turut sama menegur Khalid yang dilihat tidak mahu menerima teguran Anwar.

Bagi Khalid, beliau menyatakan kritikan yang diterima dari pemimpin-pemimpin PKR adalah tidak begitu penting kerana beliau lebih menitik beratkan teguran dan kritikan daripada rakyat. Umpamanya, setiap nasihat yang diterima, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Kita semua sedia maklum, baru-baru ini Anwar telah mengkritik Khalid secara terbuka ketika dalam ceramahnya pada forum Laporan Audit Negara dan membandingkan cara memimpin Khalid dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kata Anwar, Guan Eng disifatkan pemimpin negeri yang berjaya membawa negeri itu mencapai tahap prestasi terbaik.

Azmin pula menyusul menegur Khalid supaya berlapang dada dan memperbaiki kelemahan Khalid yang beliau nyatakan teruknya Khalid memerintah Selangor sejak penggal yang lepas lagi.

“Itu sebenarnya teguran serius. Teguran ini harus diterima, ia bukan untuk meruntuhkan tetapi membangunan kerajaan Selangor. Harapan rakyat tinggi, dengan harapan terhadap kerajaan yang diangkat mereka pada PRU13,” kata Azmin yang dipetik dari Sinar Harian Online.

Pada Khalid, teguran oleh Anwar dan Azmin yang beliau sendiri tahu bersikap dengki dengan dirinya sudah tidak berkesan terhadap dirinya.

Yang beliau ketahui, cara dan sistem memimpin beliau amalkan tidak boleh disamakan dengan Guan Eng. Apatah lagi adanya suara lain seperti Azmin yang tidak terlibat dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor selama ini tidak layak menegur.

Justeru dalam isu ini, boleh ditafsirkan mungkin juga Anwar sudah bosan dengan sikap Khalid yang tidak habis menyusahkan dirinya selain Khalid dilihat sering kali degil untuk tidak menerima cadangan dan arahan dari Anwar.

Contoh, dalam kes perlantikan Saifuddin Nasution yang diarahkan oleh Anwar perlu dilantik menjadi Pegawai Seranta Politik di Pejabat MB. Berbulan lamanya, akhirnya Saifuddin hanya dilantik sebagai Ketua Staf sahaja.

Untuk Azmin pula, situasi tegang antara Anwar dan Khalid ketika ini mungkin peluang terbaru baginya untuk menjatuhkan Khalid selepas gagal berbuat demikian selepas PRU13 lalu.

Mungkin juga Khalid sudah bosan dengan layanan buruk yang selalu diterima dari Anwar walaupun sudah mencuba menjadi pekerja bawahan yang terbaik. Lantas menyebabkan beliau perlu membelakangkan ketua sendiri supaya dapat berkuasa lebih lama di Selangor.

Jika dilihat kenyataan Khalid, nyata sekali pimpinan PKR terutamanya Anwar Ibrahim tidak lagi membicarakan hasrat rakyat tetapi hasrat peribadi sahaja.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa