Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, October 10, 2013

PANAS:LAGI ISU SULIT ANWAR IBRAHIM SUDAH TERSEBAR!!!


Anwar Ibrahim telah mengatakan bahawa pemimpin BN-UMNO telah melaksanakan rompakan terancang. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh beliau semasa memberikan tazkirah di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh beberapa hari yang lepas. Tazkirah yang sepatutnya diisikan dengan ilmu agama dan nilai-nilai murni telah dicemarkan dengan tuduhan melulu tentang ketelusan perlaksanaan dasar-dasar yang kononya merugikan rakyat Malaysia.

Namun begitu, tiada apa yang perlu dihairankan oleh rakyat Malaysia, kerana Anwar Ibrahim sememangnya “haiwan politik” yang sejati. Beliau akan menggunakan segenap ruang dan masa untuk membicarakan tentang propaganda dan ideologi yang beliau bawa. Tidak kira samada di dalam masjid ataupun di gereja, Anwar Ibrahim yang juga dikenali sebagai “political chameleon” akan cuba sedaya upaya meyakinkan rakyat bahawa hanya beliau dan konco-konco beliau sahaja yang benar.

Di dalam tazkirah tersebut, Anwar juga telah menuduh kononya terdapat rancangan “sulit” yang dilaksanakan oleh pihak tertentu di dalam kerajaan untuk merompak wang yang sepatutnya di tujukan kepada rakyat.

Penulis mahu bertanya kepada Anwar Ibrahim tentang perkataan “sulit” yang beliau gunakan. “Sulit” jikalau kita melihat maknanya di dalam kamus Dewan bererti; tidak diketahui atau tidak dapat diketahui oleh orang ramai. Sekiranya ada perancangan sulit sepertimana yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim, maka laporan audit tersebut semestinya “bersih” untuk melindungi rancangan “sulit” tersebut. Tetapi hakikatnya segalanya dibentangkan untuk pengetahuan rakyat. Apa lagi yang Anwar Ibrahim mahu? Bukankah kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah melaksanakan segala-galanya dengan telus dan tanpa berselindung?

Mungkin juga Anwar Ibrahim dan konco-konco beliau telah lupa bagaimana Anwar Ibrahim telah meranapkan ekonomi Malaysia berpuluh tahun yang lalu. Pada tahun 1993 Anwar Ibrahim telah menyebabkan kerugian sebanyak RM 16 Billion. Perkara ini juga pernah ditanyakan oleh Lim Kit Siang di dalam parlimen.

Pada ketika itu Lim Kit Siang merupakan Ketua Pembangkang, beliau berkata kepada Anwar Ibrahim di Parlimen, pada hari Selasa, 27 April 1993 yang menyebut, “Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini. Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing.”

Apakah Anwar telah melupakan tentang perkara ini? Ataupun, kejadian yang berlaku pada tahun 1997, dimana dasar Pro IMF (International Monetary Fund) yang disokong beliau boleh melumpuhkan ekonomi Malaysia dan membuatkan negara ini tidak mampu lagi bangun semula. Adakah Anwar Ibrahim lupa akan rakan baiknya di IMF Micheal Camdessus yang berkomplot bersama-samanya untuk meranapkan lagi mata wang Malaysia di peringkat antarabangsa?

Sedarlah wahai Anwar Ibrahim, kamu merupakan orang terakhir yang rakyat perlu mendengar pendapat berkenaan ekonomi dan pentadbiran kewangan negara. Jika ada rompakan yang berlaku di dalam pentadbiran kewangan negara, ianya berlaku semasa kamu menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Tidak cukup lagi kah apa yang telah kamu dapat semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dahulu. Sudah-sudahlah bertazkirah dengan fitnah dan tuduhan liar.

Sekurang-kurangnya para menteri BN-UMNO-MCA-MIC sekarang mengaku akan kesilapan yang telah terjadi dan berusaha untuk memperbetulkan keadaan. Mereka tidak seperti Anwar Ibrahim yang melakukan kejahatan, dan apabila tertangkap, mula pula menuduh dan menyalahkan orang lain.

4 comments:

Anonymous said...

Ketua segala lanun dalam sejarah Malaysia ialah Anuar Bin Ibrahim. Sejala politik wang dimulakan oleh beliau semasa mula2 memasuki UMNO. Selama dalam UMNO dan kerajaan Anuar telah memperkayakan dirinya serta keluarga dan rakan2 karib yang menyokong dengan setia. UMNO P.Pinang boleh dipimpin oleh seorang yang muflis seperti Ahmad Ismail di Bahagian Bukit Bendera. Menjatuhkan Ketua Bahagian yang tidak menyokong beliau seperti di Bahagian Tanjung dengan mengantung Bahagian. Melaksanakan dasar kuku besi dalam UMNO seperti menjatuhkan Rahim Tamby Chik. Mengupas Zahid untuk berucap tentang kronisme. Kalau diikut kan gelaran maka Anuar boleh diistiharkan sebagai "kaki kelentong" "kaki perasuh" "kaki penyamun" dan bermacam macam gelaran. Yang utama ialah gelaran "Pelakun Terhebat Malaysia"

Anonymous said...

Kalau budak nuar ni buka mulut dah agak bau pembohong dari jauh dah terbau dah....budak ni cuma 3rd grade klas 3 pengajian sejarah ajer...bodoh ilmunya...ranap akhlaknya...haprak moralnya dan adikah pun hancur...anwar kalau diam dia tetap anwar ibrahim tapi bila buka mulut aje sah dah mula dia jadi seorang penipu tegar.....x ade apa yang hebat pun pasal bang non nii....selamatkan malaysia dari anjing pluralisme dan anjing syiah....

Anonymous said...

siapa yg masyuk umno,memang boleh buat duit..kaya,kaya,kaya..kena pandai bodek.i help u,u help me...

Anonymous said...

Bang non kaki jubox.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa