Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, October 10, 2013

TOK ALI HENTAM LIM GUAN ENG!!!


KOTA KINABALU, 9 Okt (Bernama) -- Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sebuah portal yang mengibaratkannya sebagai pejuang Nazi kerana menghina kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina.

"Adakah salah saya mempertahankan perlembagaan yang melindungi hak-hak orang Melayu, Bumiputera dan Islam yang cuba dihapuskan oleh DAP.

"Beliau (Lim) perlu cermin diri dia dahulu kerana sikap kuku besinya dalam DAP sendiri," katanya ketika ditemui pada sesi pengenalan calon anggota majlis tertinggi dan pergerakan sayap Umno di sini Rabu.

Portal berkenaan hari ini melaporkan gesaan setiausaha agung DAP itu agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Ali atas penghinaan terhadap kaum bukan Melayu bagi membuktikan beliau serius menegakkan aspirasi 1Malaysia serta mengelak pemimpin UMNO terus menyebar fitnah ke atas pembangkang.

Calon Naib Presiden UMNO itu tidak hairan dituduh rasis oleh pembangkang kerana perjuangannya terhadap hak kaum Melayu dan Bumiputera.

Beliau berkata tuduhan dan cemuhan pembangkang tidak mematahkan semangatnya memperjuangkan perlembagaan, khususnya dalam mempertahankan hak Melayu, Bumiputera dan rakyat beragama Islam di negara ini.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa