Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, October 29, 2013

KISAH PAS DAN FOTO TELANJANG DIRI SENDIRI


Pendedahan oleh Sinar Harian berkenaan sekeping gambar wartawannya yang diubahsuai oleh jentera PAS sebenarnya tidaklah mengejutkan sangat kerana dalam bab palsu memalsukan gambar untuk tujuan perang saraf sudah menjadi tabie semulajadi jentera PAS terutama sekali menjelang pilihanraya.

Dalam kes yang didedahkan itu, wajah seorang wartawannya ditukar menjadi muka calon PAS yang bertanding dalam PRK DUN Sungai Limau dengan tujuan untuk memperlihatkan keakraban hubungan calonnya itu dengan Allahyarham Ustaz Azizan.


Dengan demikian jentera PAS mengharapkan para penyokong dan ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azizan akan mengundi PAS. Dan biasanya bila didedahkan kepalsuan itu, para penyokong PAS yang taksub cepat-cepat menyalahkan UMNO.
Mujurlah bukti dipaparkan oleh Sinar Harian adalah jelas dan terang, maka mahu tak mahu pemimpin PAS Kedah terpaksa mengakui kesilapan mereka.

Jika tidak, agaknya sampai selesai PRK DUN Sungai Limau pun ramai penyokong PAS yang masih menyakini keaslian gambar tersebut dan terus menuduh UMNO yang melakukannya.

Seperti penulis tegaskan ini bukanlah kali pertama jentera PAS atau penyokong parti itu melakukannya. Sudah acapkali dan ia tidak terhad pada gambar semata-mata kerana turut membabitkan pengubahsuaian surat rasmi atau logo pertubuhan tertentu.

Dalam kebanyakan kes membabitkan pengubahsuaian gambar, selalunya pemimpin BN atau personaliti yang berkaitan dijadikan mangsa oleh jentera saraf PAS semata-mata untuk mewujudkan persepsi buruk dan pandangan negatif umum terhadap UMNO sekaligus memberi manfaat politik kepada PAS atau rakan sepakatannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib misalnya pernah dianiaya apabila gambar beliau digubah supaya kelihatan menyembah Pope Benedict XVI untuk menimbulkan perasaan kurang senang orang Melayu Islam terhadap PM. Lama sebelum itu gambar Najib juga pernah di edit menghalalkan tuduhan bahawa PM ada hubungan peribadi dengan Altantuya.


Bekas PM, Tun Dr Mahathir juga tidak ketinggalan apabila semenjak PRU 1990 hingga PRU 1999 menjadi mangsa kejahatan penyokong PAS yang kreatif bila mana gambar beliau sedang minum jus epal bersama PM Jepun dimanipulasi seolah-olah sedang meneguk arak. Keadaan yang sama pernah dihadapi Pak Lah semasa kempen PRU 11 2004.

Selain itu, saksi utama kes liwat Anwar Ibrahim iaitu Umi Hafilda juga pernah di edit gambarnya supaya kelihatan seperti menunjukkan isyarat lucah dan ia disiarkan dalam portal rasmi PAS, Harakahdaily.

Di Kuala Besut baru-baru ini pula, taktik kotor digunakan oleh penyokong PAS dengan memanipulasi logo NGO Melayu seperti Perkasa, MBM dan beberapa lagi NGO lain bertujuan untuk mengabui pertimbangan para pengundi demi untuk menjayakan kempen 16-16 yang dipelopori parti itu.


Dalam kes yang lain, penyokong PAS juga gemar mengubah suai gambar himpunan PR yang kurang sambutan yang kemudian dimanipulasi supaya kelihatan dipenuhi hadirin seperti yang melibatkan gambar HKR, Bersih 3.0 dan Blackout 505.

Banyak lagi sebenarnya jika mahu diungkit salah laku dan sikap bobrok jentera kempen PAS yang terbukti gagal menghayati keperibadian muslim yang sebenar. Nama saja Islam pada partinya tapi pembawaan kempen jauh melangit tak menyerupai ajaran Islam.

Inilah realiti wajah sebenar PAS yang terlalu melebihkan kaedah kempen ala Machiavelli akibatnya fitnah bermaharajalela, bila penyokong dan jenteranya sendiri pun gagal mencerminkan watak seorang muslim yang hakiki, maka ia boleh disimpulkan sebagai kegagalan pucuk pimpinan PAS dalam membawa hala tuju parti.--SUMBER

2 comments:

Anonymous said...

Kepada calon Pas PRK Sungai Limau

Ketahui lah oleh kamu bahawa walau pun kamu itu seorang Ustaz, akan tetapi keperibadian kamu adalah lebih buruk daripada bekas Menteri Kesihatan Datok Chua Soo Lek. Chua Soo Lek, bila ditanya oleh pemberita, cepat2 saja dia mengaku " ia benar, dalam gambar itu memang saya " tak kala dia berdepan dengan fitnah skandal seks satu ketika dulu.

Wahai Ustaz Azam, cuba2 lah banding2kan diri kamu dengan Datok Chua Soo Lek ... siapa yang lebih mulia ?????

Blogger Jiwa Paradox, tolong siar kebenaran supaya diketahui oleh para pengundi dalam DUN Sungai Limau. Terima kasih.

Ana Muslimah

Anonymous said...

Pendirian saya adalah :

Saya lebih hormat kepada seorang Paderi Kristian yang bercakap benar daripada hormat kepada Ustaz Islam yang menipu.

Ustaz Azam kalau awak bukan seorang penipu, tolong katakan KEBENARAN tentang gambar yang di dakwa superimposed itu.

Kepada para pengundi di Sungai Limau, relakah anda mempunyai seorang wakil rakyat yang awal2 lagi sudah menampakkan bakat MENIPU ?????

Ana Muslimah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa