Keangkuhan DAP dalam isu menghina bangsa Melayu dalam setiap ruang dan luang yang ada begitu menyakitkan hati kita. Namun kita perlu renungkan semula bagaimana boleh timbul keberanian sebegitu rupa untuk DAP bertindak secara terang menghina kita. Segalanya telah mereka rancangkan dengan teliti bermula dengan tuntutan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1948.
Apa yang lebih menyakitkan kita apabila tindakan DAP ini telah dibantu oleh bangsa Melayu yang mengkhianati Negara atas dasar dendam peribadi dan kepentingan masing-masing. Pada waktu yang sama sikap toleransi melampau kerajaan terhadap kebiadapan DAP juga turut menyumbang kepada keberanian berterusan DAP menghina bangsa Melayu.
Tony Pua sebelum ini telah menggelar ROS sebagai anjing UMNO berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses yang pertama pada 15 Disember tahun lalu.
Desakan demi desakan meminta Tony Pua meminta maaf terhadap ROS yang majoriti kakitangannya adalah orang Melayu beragama Islam sekali gus mengguris hati kaum itu secara keseluruhannya dengan gelaran berkenaan. Namun rupa-rupanya ianya sekadar menjadi bahan lawak jenaka DAP sahaja. Mereka tidak pernah terlintas langsung untuk memohon maaf akan kebiadapan mereka ini.
Dalam keadaan DAP menang 38 kerusi di Parlimen mereka telah bertindak melampaui batas menghina bangsa Melayu yang merupakan tuan Tanah Melayu, Memang amat mengerikan untuk dibayangkan sekiranya mereka memenangi lebih banyak kerusi lagi.
Demi mengekang daripada berlaku situasi kebiadapan yang lebih teruk DAP terhadap bangsa Melayu maka kerajaan harus bertindak tegas terhadap mereka. Dan yang lebih penting kita benamkan terus DAP dari arena politik tanahair pada PRU14 yang akan datang.
Sebenarnya sebelum ini Lim Kit Siang memang cukup “sakit hati” dengan jumlah penjawat awam Melayu yang ramai dalam kerajaan Barisan Nasional. Dalam tahun 2009 Lim kit Siang pernah berkata nisbah kakitangan awam-penduduk di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia-Pasifik, iaitu 4.68 peratus berbanding 1.4 peratus bagi Singapura, 1.79 peratus bagi Indonesia, 1.85 peratus bagi Korea Selatan dan 2.06 peratus bagi Thailand.
Tony Pua Kiam Wee, Setiausaha publisiti DAP dalam Sinchew Daily News, 1 November 2011 pula melaporkan bahawa jika Pakatan Rakyat (PR) dapat memerintah kerajaan pusat, mereka akan dikemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
Dengan angkuh dan sombongnya Tony Phua menegaskan bahwa Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.
Mereka juga akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.
Tidak cukupkah dengan segala diskriminasi yang bangsa Cina lancarkan terhadap bangsa Melayu di dalam syarikat-syarikat swasta milik mereka? Bangsa Melayu hanya layak menjadi “balaci” mereka dengan memegang jawatan yang tidak ingin disandang oleh mereka.
Namun rupa-rupanya, niat untuk terus menganiaya bangsa Melayu masih cukup menebal sehinggakan mereka mahu bangsa Melayu yang mencari rezeki di dalam sektor awam juga ditindas. Ini merupakan perangai “komunis Bandar” setelah kerajaan Berjaya menghapuskan saki baki komunis di dalam hutan Negara kita.
Kekangan terhadap kebiadapan berterusan DAP harus ditangani oleh semua pihak yang bertanggungjawab. Kerajaan Barisan Nasional, UMNO, Ngo-ngo dan bangsa Melayu sendiri harus bangkit secara berhemah menangani sikap biadap ini demi memastikan Negara sentiasa berada didalam keadaan aman dan tenteram.
Sikap apologetik setiap kali mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa Melayu perlu dihentikan. Jihad perjuangan kita demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair.
2 comments:
Bah. Kedua:
Dan di Jerman pula, MEROGOL HAIWAN utk. MEMUASKAN nafsu seks-BUAS si LIBERAL SYAITAN (termasuk ’zoo‘ khas utk. rogol segala mcm. haiwan) adalah sah dlm. undg-undg Jerman - lihat berita akhbar (tapi Daily Mail adalah akhbar anti-Islam) di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2352779/Bestiality-brothels-spreading-Germany-campaigner-claims-abusers-sex-animals-lifestyle-choice.html - mana pula hak asasi 'kesamaan' pencinta haiwan?!
Dan di Jerman juga, wanita Islam bertudung juga tak dibenarkan bekerja dgn. JPA Jerman dan umat Islam tidak dibenarkan buat pasar Ramadhan, walau hanya di Berlin, tetapi kaum Kristian ditaja rejim Jerman buat pasar Krismas sampai sebulan di seluruh cerok bandar/kpg dan di EU, serta cuti panjang Krismas yg. rasmi (umat Islam boleh cuti Hari Raya rasmi hanya di satu bandar), kerana agama rasmi Jerman/Barat, agama Kristian! Maka, mana hak asasi 'kesamaan' utk. umat Islam?
Jadi apasal NGO-NGO Barat-Zionis termasuk dr. Jerman ini dan sekutu mereka dr. DAPBANGKAI/PKR, nak gelojoh MELALAK pula, menuntut hak asasi 'kesamaan/kebebasan mutlak-demokrasi' kat M'sia, NEGARA ISLAM ini?!
Sedangkan NGO-NGO KAPIR DAJAL Jerman, spt. BMF (tetapi berpusat di Basel, Switzerland – dan amat aktif secara tersembunyi berpusat di Miri S’wak, menyamaq sbg. NGO alam sekitar/hak asasi kaum Penan), Konrad Adeneur (menuntut hak asasi kebebasan beragama/kesamaan agama di M’sia) dan Transparency-International (cwngnnya di M'sia ialah TI-M'sia, dan letak si Islam/Melayu sbg. kepala dia) - berani pula nak MELALAK psl. hak asasi kesamaan/kebebasan mutlak-demokrasi LIBERAL PENIPU mereka, di M’sia ini, cthnya yg. terbaru, TI-M’sia ini menuduh UMNO rasuah di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/10/18/Tranperency-Money-Politics.aspx, TI-Malaysia: Money politics still a serious issue in Umno , October 18, 2013
Makcik Sambal Belacan.
Ini semua adalah hasil perjuangan PAS dan PKR biar melayu lingkup baru puas hati anwar dan hadi bangang!
Post a Comment