Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, September 12, 2013

PEMUDA PAS SETUJU DENGAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO:PENYATUAN UMNO-PAS SEMAKIN HAMPIR


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memuji tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan pandangan Malaysia berhubung krisis di Syria kepada rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK) Nick Clegg di London semalam.


Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Muhyiddin dengan tegas dan berani menyuarakan pandangan luar Malaysia agar isu yang hangat berlaku di negara tersebut dipulihkan kembali dan memastikan keamanan ditegakkan di sana.

“DPPM merakamkan ucapan tahniah di atas ketegasan dan langkah berani yang diambil Timbalan Perdana Menteri dalam memastikan keamanan dikembalikan di Syria.


“Malah ketegasan itu dinyatakan sendiri di hadapan Nick Clegg semasa mengadakan pertemuan di sana dan bagi kami ia sebagai satu perkembangan baik untuk Timur Tengah,” katanya melalui satu kenyataan itu.

Justeru, Raja Ahmad berkata, pemuda PAS menyokong tindakan Muhyiddin yang disifatkan amat penting untuk mengembalikan keamanan di Syria yang sedang bergolak.

Media semalam Malaysia berpandangan pihak berkenaan perlu mengambil kira cadangan Rusia agar Syria menyerahkan senjata kimia kepada kawalan satu badan antarabangsa sebelum melancarkan campur tangan ketenteraan di negara itu.

Muhyiddin dipetik berkata, pandangan itu kerana Malaysia bimbang operasi ketenteraan ke atas Syria akan membawa bencana lebih besar dan pandangan itu dikemukakan dalam pertemuan dengan Nick Clegg.

Pertemuan dengan Clegg merupakan antara atur cara hari ketiga lawatan kerja lima hari Muhyiddin ke UK yang bermula Ahad lalu - UM

8 comments:

Anonymous said...

DOA IKHLAS

Kenapa lah Nik Aziz, Hadi Awang dan barisan kepimpinan ulamak dalam Pas bengap dan bodoh sangat. Saya nak bagi tahu para ulamak dalam Pas bahawa :

" Ada pun tujuan pihak Kristian nak menggunakan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu adalah berniat untuk mendekatkan orang melayu (generasi selepas saya dan para ulamak Pas) kepada agama Kristian "

Memang layak sangat kalau kita memanggil Nik Aziz, Hadi Awang dan para ulamak Pas yang menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa melayu dengan gelaran :

Nik Aziz Laknatullah
Hadi Awang Laknatullah
Nasrudin Hassan Laknatullah
.... dan yang lain2 nya.

Doa dari ku :

" YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM SELAMATKAN ANAK BANGSA KU DARIPADA MENJADI KRISTIAN. YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM BERIKAN KEMENANGAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA DALAM PERBICARAAN MENGHALANG PENGUNAAN NAMA SUCI MU DALAM MAJALLAH HERALD DAN BIBLE BERBAHASA MELAYU. AMIN .... "

Ana Muslimah

Anonymous said...

Kah kah kah. Pas setuju nak bersatu dengan Umno ? Kah kah kah ...

Pas dengan Umno ni macam Sunni dengan Syiah lah. Kalau lembu dengar, mungkin lembu berhenti makan rumput kerana terkejut beruk.

Tuhan dan tetapkan sejak azali lagi bahawa Umno dan Pas tak akan bersatu sampai dunia kiamat. Dah berjumpa dalam syurga mereka akan sambung bermusuhan lagi. Malah kalau bertemu muka dalam neraka sekali pun orang Pas dan Umno akan tetap bermusuhan.

Tetap Umno Sampai Kiamat.

zam said...

Assalamualaikum,ok aku bukan macai mana2 parti politik.

Umno-Pas nak bersatu?lantak la aku xkisah

Apa yg aku nk komen ialah isu Syria.Agak menyedihkan malaysia terlalu "menjaga hubungan diplomatik" smpikan kita masih lg mengiktiraf kerajaan Basyar Al Asad.Kita belum lg tutup kedutaan syria

zam said...

Umno-Pas nak bersatu?Lantaklah

Minyak naik?Aku xkisah

Aku tergerak nk komen psl ia mlibatkan isu syria

Malaysia still iktiraf kerajaan basyar al asad.Kita x tutup lg kedutaan syria.Sedih beb

Nk basmi syiah,tp baik lg dgn iran.Siap g majlis angkat sumpah presiden baru iran.camaner?

zam said...

Aku xtau la,yg aku tau org malaysia duduk bpolitik 24jam

Dia salah dia,dia xbetul,dia bagus bla..bla..bla

Pelarian syria kt malaysia ni sakit,xlayak dpt rawatan kt klinik kerajaan ada yg kisah?

Dorang xada tmpt tinggal,xada mkanan ada korang debatkan?

Pelarian2 syria ni xakan sujud di kedutaan basyar utk renew visa.

Apa kita buat?Apa sumbangan kita?

POLITIK 24jam!

zam said...

Minta maaf kalu komen-komen aku xmengutuk mana-mana parti & pemimpin politik!

Cukup-cukuplah dgn semangat melayu tu

Hanya islam je yg dpt satukan kita semua di dunia ini.

Harap-harap semua komen aku di approvekan

Anonymous said...

saya hendak menceritakan fakta sejarah.ini fakta bukan palsu.
Tahun 1969:Umno ajak pas bersatu untuk kebaikan melayu-islam.Umno sudah kalah teruk pada 1969.Umno sangat lemah pada 1969.Lalu umno ajak pas bersatu.
Tahun 1974:UMNO dan bn menang besar pada ketika itu:
Tahun 1977:PAS disingkirkan daripada BN.bukan pas keluar tapi disingkirkan.
Tahun 1978-2007:Tiada isu penyatuan UMNO-PAS dibangkitkan oleh UMNO.Malah Dr.Mahathir sendiri pada tahun 80-an menolak sebarang usaha untuk penyatuan semula UMNO-PAS yang dicadangkan oleh beberapa pihak di luar UMNO(tetapi bukan PAS).
Tahun 2008 hingga kini: Umno dan BN mengalami kekalahan yang teruk dan dinafikan majoriti 2/3 buat pertama kalinya.Kekalahan itu adalah yang paling teruk dalam sejarah.Bukan setakat itu malah Umno-BN jatuh di 5 negeri.Sejak dari itu baru lah mereka mahu bersatu dengan PAS semula kerana mereka sudah lemah.Masa umno kuat dahulu mereka bukan sahaja tak timbulkan isu penyatuan UMNO-PAS malah,mereka menolak sebarang cadangan kearah itu.
INI FAKTA BUKAN FITNAH.
Adakah Melayu mudah lupa dengan apa yang pernah dilalui oleh PAS.Sekarang ni UMNO dah lemah barulah mereka timbulkan isu penyatuan umno-pas

Anonymous said...

Inilah komen dengan analisa budak belum baligh. Kita tak kata ia fitnah. Namun Anom 10.16 apabila membuat analisa yang melibatkan sejarah perlulah juga mengkaji sesuatu keputusan yang diambil itu berdasarkan beberapa faktor diantara siapakah yang menerajui kepimpinan waktu itu, perinsip dan pegangan mereka, halatuju, pengikut setia dan penentang malah senario semasa.

Kini bukan kerana UMNO?BN itu lemah maka UMNO perlu penyatuan dengan PAS. PAS ketika ini pun bukanlah kuat mana. Mereka juga sedang menghadapi situasi yang tidak menentu.

Pendekatan yang dibawa oleh kepimpinan UMNO era Najib agar berhemah. Lebih banyak islamik dalam gaya kepimpinan beliau berbanding cara sebelumnya. Najib lebih banyak berbaik sangka dengan pemimpin PAS. Perkara ini amat penting daripada berbalah pada soal-soal yang tidak mendatangkan faedah kepada ummah.

Dalam usaha ini pastinya akan ada penghasut yang tidak ingin melihat penyatuan kedua-dua parti Melayu terbesar ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa