Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, August 19, 2013

WAKIL RAKYAT DAP UMUM KELUAR PARTI!!!???


Angin tak ada ribut pun tidak, tiba-tiba timbul ura-ura berita panas khabarnya wakil rakyat DAP bagi DUN Luyang, Sabah iaitu Dr Hiew King Cheu sedang berkira-kira untuk keluar dari parti untuk menjadi ADUN Bebas.

Perkhabaran ini bukannya datang dari sumber UMNO atau pun komponen BN yang lain yang selama ini sering dikambing hitamkan dalam drama permasalahan parti DAP dan rakan sepakatannya, tetapi datang dari mulut ADUN Layang itu sendiri.

Maka janganlah pula ada kalangan bebalan dalam DAP atau PR yang terloncat sakan macam beruk kena belacan atau baring di tengah jalan untuk mempersoalkan kesahihan berita ini.

Antara faktor utama yang dikatakan menjadi punca timbulnya ura-ura ini khabarnya kerana tidak mahu kawasan yang dimenanginya tertinggal arus pembangunan dalam tempoh lima tahun mendatang dan kini beliau sedang mengambil kira pandangan penyokongnya samada untuk merealisasikan hasratnya itu atau sebaliknya.

“Saya menerima beberapa maklum balas daripada para penyokong dan kebanyakan mereka menasihatkan saya supaya keluar (parti) dan mencari alternatif untuk melakukan apa yang boleh dilakukan untuk rakyat,” itu penjelasannya seperti mana dilaporkan oleh Mstar Online beberapa hari lepas.

Pada 12 Ogos yang lepas Dr Hiew telah melepaskan jawatannya sebagai Penasihat DAP Sabah sehingga menimbulkan kegemparan dalam parti yang mana ia dikaitkan dengan perasaan tidak puas hatinya dengan pucuk pimpinan DAP di peringkat Pusat serta beberapa orang pemimpin DAP Sabah.

Sebelumnya beliau dilaporkan menerima surat tunjuk sebab dari DAP berikutan isu perlantikan Ketua Pembangkang di DUN Sabah dan sejak beberapa minggu kebelakangan ini pula dianggap sebagai pengkhianat yang cuba mensabotaj DAP dari dalam.

Terbaru The Star melaporkan pemimpin DAP Sabah yang dihubungi mengesahkan Dr Hiew yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu hampir pasti melompat keluar dari DAP. Ke mana arah haluannya samada Bebas atau parti lain tidak diketahui.

Yang pastinya jika ia menjadi kenyataan maka bergolak sakanlah DAP lebih-lebih lagi ketika parti anak beranak dinasti Lim itu sedang bergolak sakan gara-gara pemilihan CEC DAP terpaksa diadakan semula.

Pun begitu hakikatnya jadi atau tidak ADUN DAP itu keluar parti bukanlah persoalan utama yang penulis nak utamakan. Sebaliknya, teringin benar penulis nak baca komen oleh Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang entah apa agaknya drama atau alasan tunggang terbalik yang akan di imaginasikannya kelak.

Adakah akan terpancul pula alasannya menyalahkan UMNO dan BN? Diikutkan tabie semulajadinya yang suka menyalahkan pihak lain, rasanya itulah alasan kelak, tak gitu?

5 comments:

Anonymous said...

ADUN DAP nak keluar Parti....? Satu lagi Drama UMNO/BN kooot...

Otak geliga said...

DIBELI UMNO/BN......konpom ayat ni ada....maka bergentayangan, meloncat2, mengembek, menguak, menyalak & berguling2lah sekelian pencacai mendgr hikayat dr Khalifah tak bersunat....penamatnya akan diakhiri Takbir dr zombie2 berkulit ijo dr negeri Serambi HIV

Anonymous said...

Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

Anonymous said...

Celako celako ni sumo saloh amemo hahaha

Anonymous said...

Penulis bodoh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa