Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, August 18, 2013

PEMIMPIN PAS TERUS SETUJU ISLAM DIHINA



Umum mengetahui, sejak kebelakangan ini isu penghinaan oleh segelintir mereka yang biadab kepada agama Islam semakin menjadi-jadi. Malah perkembangan tidak sihat itu juga, di lihat sedikit sebanyak telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat khususnya orang Melayu.

Namun apa yang menyedihkan, bila mana ada di kalangan pemimpin pakatan pembangkang cuba menyalahkan sesetengah pihak yang disifatkan sengaja ingin mensensasikan isu. Ia berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Dia menyifatkan semua isu yang dibangkitkan itu sengaja di besar-besarkan ekoran sokongan masyarakat bukan Islam kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu. Tidak cukup dengan itu, dia turut mengatakan ia adalah merupakan kes-kes terpencil dan sepatutnya diselesaikan di kalangan mereka.

“Terdapat satu agenda untuk mewujudkan ketakutan dan kebencian di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu” katanya melalui laporan yang dikeluarkan oleh salah sebuah portal pembangkang petang tadi.

Namun persoalan yang timbul ialah, apakah Mujahid merasakan isu-isu penghinaan agama ini sepatutnya di senyapkan dari pengetahuan umum? Apakah dia mengharapkan agar media tidak lagi memainkan peranan yang sewajarnya untuk melaporkan sesuatu perkara yang berlaku?

Nampak sangat, pemimpin Pas ini begitu takut dengan bayang-bayang sendiri. Apabila terdapat sebarang isu yang boleh mengaitkan pakatan pembangkang, mereka mengharapkan agar laporan tersebut ‘dihilangkan’. Namun sekiranya ia berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional, mereka bebas menggunakannya isu tersebut demi survival dan kepentingan politik mereka.

Apa yang menghairankan ialah Mujahid langsung tidak membangkitkan isu ini ketika pakatan pembangkang begitu ghairah menyerang bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin ketika kempen pilihan raya umum yang lalu. Mereka sebelum ini hampir saban hari mengecam Zulkifli yang dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang menghina masyarakat India.

Walaupun Zulkifli telah membuat permohonan maaf, sambil menjelaskan kenyataan yang dibuat pada 10 tahun yang lalu itu dibuat ketika beliau berada dalam parti Pas, namun ia langsung tidak diendahkan. Ibarat mendapat ‘durian runtuh’ mereka menyerang dan memberikan publisiti yang meluas berhubung isu tersebut sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat India.

Sedangkan, sebagai seorang pemimpin yang kononnya mewakili parti yang memperjuangkan Islam, Mujahid seharusnya bertegas dan meminta semua umat Islam dan Melayu di negara ini agar bersatu dan menolak perbezaan politik dalam usaha menangkis sebarang bentuk penghinaan terhadap kesucian agama Islam yang dilakukan oleh pihak tertentu.

Ini kerana umat Islam di negara ini tidak lagi boleh hanya bergantung kepada orang lain untuk menegak serta membela kesucian agama Islam, sebaliknya tanggungjawab itu perlu diletakkan di bahu setiap orang Islam.

Kesimpulannya, Mujahid seharusnya berhenti bermain politik, dia perlu mengetepikan perbezaan ideologi seketika kerana umat Islam di negara ini perlu bersatu ketika berdepan suasana seperti itu dan sebarang tindakan sepatutnya menjurus kepada matlamat memartabatkan kesucian Islam secara bersama.--SUMBER

2 comments:

maae said...

Kita tidak perlu emo dengan ' mujahid' yang ini.

Menegakkan dan menjaga kesucian Islam ialah tanggungjawab dan amanah berat setiap muslim. Tugas kita mentarbiah dan menyatukan ummah dalam apa jua bentuk.

Musuh Islam yang paling ketara ialah yang duduk dalam jemaah Islam itu sendiri. Jika pendirian mereka bertentangan dari ahlul jemaah, apa lagi yang kita harap dari tindakan ekstrim mereka (munafik) setiap kali memperlekeh saudara sendiri,
mendabik dada mereka lebih tahu segala-gala nya tentang Islam.

Golongan perosak agama ini yang pertama nya mesti kita hapuskan. Suara dan pendapat mereka sungguh menjahanamkan !

Anonymous said...

...SEBENARNYA PEMIMPIN PAS BACUL!...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa