Baru-baru ini kecoh diperkatakan tentang pembohongan dan taktik jahat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan “kerajaan perpaduan” padanya.
Melalui satu sesi wawancara bersama Asia Sentinel baru-baru ini, Anwar mendakwa Najib turut menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri padanya dan empat jawatan menteri pada Ahli Parlimen PKR.
Namun Anwar mendakwa kononnya dia menolak tawaran tersebut.
Mujurlah menyedari pembohongan “sesumpah” itu, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Anwar tersebut dan menjelaskan tentang penipuan yang cuba dipalit Anwar terhadap pemimpin nombor satu negara itu.
Saya kira, ramai yang sudah membaca kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri itu, bukan?
Sebenarnya, saya tidak hairan dengan “permainan” Anwar kali ini. Ini bukan pertama kali dia menjual “auta” pada media antarabangsa. Sudah berkali-kali dia berkonspirasi dengan media-media dari dalam dan luar negara.
Yang peliknya, masih banyak lagi media antarabangsa yang “percaya” dan memberikan perhatian pada “sesumpah” itu?
Tambah memelikkan lagi, masih ramai juga golongan yang mahu terus mempercayai “tukang karut” yang seolah-olah sudah gila itu menjaja cerita-cerita tidak masuk akal dan palsu, semata-mata kerana mahukan kerusi Perdana Menteri.
Siapa Anwar untuk ditawarkan kerusi Timbalan Perdana Menteri? Kalau UMNO nak bersatu sekalipun, saya yakin PKR takkan jadi pilihan untuk kita bergabung sebagai Kerajaan Perpaduan…
Mungkin kerana terlalu tersinggung, kecewa dan marah kerana tidak diajak seperti PAS untuk duduk semeja bagi membincangkan agenda Kerajaan Perpaduan, maka Anwar cuba mereka-reka cerita bohong begitu?
Mungkin UMNO pernah mempelawa PAS untuk duduk semeja bagi membincangkan perpaduan ummah. Namun untuk menjemput PKR, saya tidak fikir UMNO sanggup memandangkan kita semua tak sudi semeja dengan individu yang rosak akhlak dan peribadinya.
Cukuplah segala kerosakan dan budaya songsang yang pernah Anwar perkenalkan di dalam UMNO dulu. Cukuplah UMNO rosak kerana dia. Dan cukuplah segala dosa yang dia semai di dalam UMNO. Kita tidak rela dia busukkan UMNO lagi…
UMNO cukup kenal siapa Anwar. UMNO cukup “masak” dengan perilaku Anwar. Bukan saja dia buat hal di dalam parti, malah di dalam kabinet kerajaan pun dia begitu aktif memalit najis. Malah Malaysia hampir “dijual”nya dulu..!
Bagi mereka yang baru setahun jagung mengenal Anwar, mungkin mereka akan teruja dengan kepetahan autanya di pentas politik. Tapi di dalam UMNO, kami lebih mengenali dia luar dan dalam.
Itu belum lagi dengar cerita dari sahabat-sahabat baiknya yang kini telah berpatah arang dengan bapa Nurul Izzah itu. Kalau dulu mereka anggap Anwar sebagai keluarga, kini Anwar lebih dianggap sebagai pengkhianat agama, nusa dan bangsa!
Jadi, apa hairannya dengan cerita Anwar pada Asia Sentinel itu? Penafian secara rasmi sudah dibuat. Kalau tidak dinafikan Pejabat Perdana Menteri sekali pun, saya yakin apa yang keluar dari mulut Anwar itu semuanya karut dan bohong belaka.
Hanya mereka yang rendah daya pemikiran saja yang akan terjebak dengan pembohongan Anwar itu. Tapi mungkin dunia kini di akhir zaman, ramai pula yang “ter”percaya pada Anwar. Semoga kita dijauhkan dari mempercayai kalimah yang terbit dari lidah “dajal kecil” itu… insyaAllah…
dukeofmontecristo
No comments:
Post a Comment