Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, July 31, 2013

BAHAGIAN 2: ANTARA PENGKID DAN ANJING, MANA LEBIH MULIA???


APA KOMEN ANDA???

“Saya tiada niat hina Islam."

Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.

“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.


Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang. “(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.

Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.

Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu. 


Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya. 

"Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia - MyNewsHub

9 comments:

Anonymous said...

PADA PANDANGAN SAYA IANYA PENGHINAAN TERHADAP ISLAM.
WAJAR KENA TINDAKAN.
POMPAN NI PERLU COUNSELLING.

Anonymous said...

Pengkid ini seharusnya tuduh berpakaian seperti lelaki oleh pihak jais sila buat sisiatan atau kami mengsmbil tindakan atas tangan sendiri

Anonymous said...

Allah swt tlh mngharamkn sikit spesis binatang drp bribu spesis yg halal tapi kita manusia nak jugak bela yg Haram..lepas ni ada lah pulak puak2 yg upload @ youtube mereka membela babi sbgai hobi & bangga tunjuk 1 dunia..yg mereka menentang perintah Allah swt...petanda akhir zaman kiamat makin mnghampiri kita umat manusia yg masih brmimpi dunia ini syurga mereka

Anonymous said...

Pada pandangan saya budak "jantina" ni tak ada agama. Kalau dia Islam tentu dia tahu menyentuh anjing dengan sengaja hukumnya HARAM, tidak haram kalau tersentuh. Ini dengan sengaja membasuh kaki anjing tu tentung sekali HARAM kerana anjing itu najis, tahu tak budak "jantina"... Tak usahlah nak cari publisiti murah dengan menggadaikan agama Islam...

Anonymous said...

Pengkid ni kurang pengetahuan agama. Mungkin salah mak bapak dia tak bagi didikan agama sehinggakan diri sendiri pun dia keliru jantina. Pada pandangan saya salah tetap salah walaupun dia tak sengaja. Tak mungkin tinggal di Malaysia dari kecil sampai dewasa, masih tak tahu apa yang orang Islam tak suka. Mak bapak dia tak tegur kah?? Ataupun nak sangat jadi 'orang putih ponggong hitam'?

bekskankin' said...

trima kaseh chetz coz jaga anjing2 terbiar tue...unsung hero..

bekskankin' said...

terima kasih chetz sebab awak manussia yang berperikemanusian..thanx again sebab jaga makhluk tuhan itu..

Anonymous said...

tak payah lah nak sibuk duk mengata dia pengkid ke apa .. yg jantan jantan duk buat maksiat tu mak bapak tak ajar jugak ke ? ke mak bapak yg ajar buat maksiat sana sini ? otak kolot betul . kampung sangat korang ni . bawak bawak mengucap . ni kes dah lama tak menyebutlah ni ?? masyaa allah .

Anonymous said...

gangster besar nampak ? ke bini kau kena rembat dgn pengkid ? kesian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa