Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, July 31, 2013

ANTARA PENGKID DAN ANJING:MANA LEBIH MULIA???

1rayaxx

Kalau sebelum ini riuh isu selamat berpuasa Bak Kut Teh yang digarap pasangan porno Alvin dan Vivian...kini suasana menjelang sambutan Aidilfitri 'diserikan' dengan video '1 Hari Di Hari ' bersama anjing.

Dulu kisah-kisah macam ini jarang dengar.Namun kini nampak macam ada pihak sengaja gatal tangan mau cetus permusuhan antara kaum.

Reaksi marah orang Islam pada klip video anjing sudah terpancar dimana-mana.

Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.

Sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee telah didakwa di mahkamah kerana mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal di laman Facebook, di bawah Akta Hasutan 1948.

Sekalipun tidak merujuk secara spesifik mana-mana kes,petang Selasa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan jangan sampai tindakan segelintir pihak yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam akhir-akhir ini diharap berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan seperti berlaku di negara Islam lain,

Perbuatan itu, kata timbalan perdana menteri, tidak seharusnya berlaku dalam keadaan negara yang ketika ini aman dan tenteram.

"Ini menunjukkan tidak ada persefahaman dan pengertian yang mendalam dalam masyarakat. Tiada orang Islam yang mempersendakan agama-agama bukan Islam seperti Kristian, Hindu dan sebagainya.

"Tetapi yang berlaku di sini, bukan Islam telah memperlekehkan dan mempersendakan agama kita," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama Anak-Anak Rumah Amal Kasih Bestari di Putrajaya Selasa.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencemarkan kesucian Islam.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri perlu cepat mengambil tindakan supaya kejadian ini tidak terus berulang," kata Muhyiddin.

Sementyara itu Bernama melaporkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran video '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube.

Katanya SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin turut bersuara menggesa SKMM bertindak tegas terhadap pemilik video yang dikatakan menghina Islam dengan meraikan Aidilfitri dengan tiga ekor anjing itu.--AD

3 comments:

Anonymous said...

Anjing tak masuk neraka.

Anonymous said...

org yg buat video ni masuk neraka.menghina islam...

Anonymous said...

Anjing ashabul kahfi masok shorga !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa