Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 17, 2013

PELIWAT JUGA SAMBUT HARI BAPA


Semalam 16 Jun 2013 merupakan Hari Bapa yang khabarnya disambut di seluruh dunia bagi mengenang jasa pengorbanan si ayah dalam membangunkan keluarga dan membahagiakan anak-anak dan isteri.

Terima kasih kepada semua kaum bapa atas jasa bakti mereka dan sewajarnya bukan pada Hari Bapa sahaja kita mengenang pengorbanan bapa kita sebaliknya berpanjangan meski pun ada antaranya yang sudah lama kembali ke rahmatullah.

Dalam konteks kenegaraan, kita ada Bapa Malaysia misalnya Bapa Kemerdekaan merujuk kepada Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman yang besar erti pengorbanannya dalam menjayakan usaha tuntutan kemerdekaan negara.

Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Kedua pula diabadikan dengan gelaran Bapa Pembangunan kerana melalui inisiatif beliau maka proses kemajuan negara khususnya melibatkan penduduk di kawasan luar bandar agak ketara kejayaannya.
Manakala Perdana Menteri Ketiga, iaitu Tun Hussin Onn dikenali ramai sebagai Bapa Perpaduan berikutan usahanya dalam memupuk perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum mahu pun agama.

Tun Dr Mahathir pula adalah Perdana Menteri Keempat dan yang paling lama memegang jawatan tersebut, cukup dikenali umum sebagai pemimpin hebat dengan gelaran Bapa Pemodenan lantaran kesungguhannya memodenkan negara selain kehebatan mengemudi kemajuan ekonomi Malaysia.

Sementara Tun Abdullah yang mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri Kelima juga tidak kurang hebatnya sehingga dinobatkan dengan gelaran Bapa Pembangunan Modal Insan sesuai dengan keyakinannya bahawa modal insan adalah aset penting untuk memacu pembangunan negara.

Kelima-lima Bapa Malaysia itu sudah terbukti jasa bakti pengorbanan mereka untuk negara ini dan diteruskan kesinambungannya kini oleh Perdana Menteri Keenam iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai usaha transformasi mengikut peredaran semasa.

Tidak syak lagi gelaran Bapa Transformasi agak cocok dengan Dato’ Seri Najib setelah diambil kira pelbagai kejayaannya mengurus tadbir negara semenjak mengambil alih jawatan pada April 2009 sewaktu berlakunya kegawatan politik dan ekonomi.

Semua Bapa Malaysia di atas masing-masing merupakan ikon rasmi yang bermanfaat di zaman mereka dan selepasnya, akan sentiasa di kenang kerana jasa pengorbanan untuk rakyat dan negara, itu realiti yang sudah terbukti.

Namun demikian, janganlah kita lupa seorang lagi manusia walau pun tak layak di beri gelaran Bapa Malaysia namun masih juga boleh diberi satu gelaran unik tidak rasmi bagi menggambarkan keperibadian dan kecenderungannya dalam berpolitik.

Siapa lagi kalau bukan Brader Anwar Bin Ibrahim yang merupakan papa hebat bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai dan adalah satu-satunya ikon politik yang sentiasa diselubungi sandiwara dan kontroversi yang menjelikkan tapi masih lagi berupaya memperdaya pengikutnya.

Anwar sejak dikenali umum sekitar tahun 1970-an dulu diakui hebat dalam sandiwara sama seperti ceritera garapannya mengenai kebuluran yang kononnya menyebabkan kematian petani di Baling, Kedah.

Ketua Umum PKR itu juga kekal diingat ramai berikutan pelbagai lagi kisah nostalgik mengenai suntikan racun arsenik, darah HIV, patah tengkuk dan tulang belakang, keretanya disabotaj, ugutan bunuh dan lari ke kedutaan Turki serta banyak lagi karya hebatnya sewaktu zaman kegelapan reformasi terlepas kerusi di era akhir 1990-an hingga kini.

Karyanya yang paling tersohor yakni projek PM 16 September 2008 pula hingga saat ini terus menjadi bualan ramai, sejak tarikh itu sampai sekarang belum pernah ada yang mampu menandingi daya fantasi yang dibayanginya.

Terbaru insan kreatif yang sama jugalah yang sibuk merencana supaya Ahli Parlimen pakatan pembangkang memboikot sesi pembukaan Parlimen dan majlis angkat sumpah tapi disahkan pula oleh rakan sepakatannya akan hadir untuk angkat sumpah pada 24 Jun 2013 nanti selepas saranannya tidak mendapat sambutan.

Selepas mengambil kira segala plot karya kreatifnya yang melampaui kewarasan akal manusia itu tetap terus mendapat sambutan di kalangan penyokongnya, maka sukalah kiranya dicadangkan supaya sebaik sahaja Anwar selesai angkat sumpah pada 24 Jun 2013 nanti, maka sama-sama kita nobatkan Brader Anwar Bin Ibrahim sebagai Bapa Sandiwara.

Tapi, hakikatnya sama ada Anwar sedia hadir dan turut sama angkat sumpah atau pun sebaliknya mencipta pula sandiwaranya yang terbaru, ia tidak dapat menolak satu kenyataan benar bahawa gelaran Bapa Sandiwara akan tetap menjadi miliknya.

Bayangkan jika watak politik yang kuat imaginasinya seperti Anwar tidak wujud dalam arena politik negara, nescaya suramlah suasana politik Malaysia. Justeru itu ‘hargailah’ Anwar sebagai seorang Bapa Sandiwara yang membantu memeriahkan politik negara ini dengan daya kreativitinya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa