Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, June 06, 2013

MUKHRIZ SUDAH ADA CALON UNTUK PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO!!!


ALOR SETAR, 5 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan berkempen untuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika kedua-dua pemimpin itu dicabar pada pemilihan parti tahun ini.

Katanya, beliau tidak melihat orang lain paling layak untuk dua jawatan tertinggi parti atau mampu bersaing dengan mereka.

"Kalau jawatan tertinggi parti dipertanding iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden, saya melihat Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin akan kekal sebagai penyandang.

"Saya sendiri akan berkempen untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Datuk Azimi Daim, 49, sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman Rabu.

Mukhriz mengulas gesaan banyak pihak agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertanding pada perhimpunan agung parti itu Oktober depan bagi memantapkan lagi Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 selain mengelak perpecahan dalam parti.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata beliau tetap akan membantu pasukan bola sepak Kedah dalam apa juga kapasiti meskipun tidak menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) seperti menteri besar lain sebelum ini.

"Walaupun tanpa jawatan itu, saya tetap akan bantu. Saya sentiasa terbuka kepada cadangan," katanya.

Jawatan presiden KFA dipegang bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sejak 2008 selepas pilihan raya umum ke-12 berikutan Perlembagaan persatuan itu sebelum ini yang menetapkan presiden persatuan ialah Menteri Besar Kedah.

KFA bagaimanapun meminda Perlembagaan pada 2010, dan jawatan presiden serta anggota eksekutif KFA bukan lagi automatik atau dilantik seperti sebelum ini sebaliknya semua jawatan akan dipertandingkan.

-- BERNAMA 

1 comment:

Anonymous said...

Kita orang cadangkan Dato Mukhriz mnjadi calun untuk jawatan naib Presiden untuk gantikan Dato Hishamuddin berdasarkan kehendak pengundi muda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa